Selasa, 16 September 2014

Sayang Isteri Tangan Tangankan

''Sayang isteri tangan tangankan, sayang anak pukul-pukulkan....''

rasanya semua pernah mendengar pepapatah atau pribahasa seperti yang dinyatakan diatas...terlalu banyak maksud yang tersirat disebalik kata-kata tersebut. Orang Melayu dulu-dulu memang kaya dengan kata-kata kiasan. Mereka tidak menegur orang lain dengan teguran yang 'Direct' kata orang putih tapi menegur dengan kata-kata yang penuh dengan maksud yang tersirat dan mendalam agar mereka dapat merenung kembali dan mengambil pengajaran dari maksud teguran tersebut.

   Maksud nya di sini ialah, kalau kita sayang kn seseorang itu, sekiranya dia melakukan satu kesilapan eloklah ditegur akan kesilapan tersebut. Ini kerana tidak mahu kesilapan itu akan terus dilakukan sehingga mereka tidak tahu lagi yang mana perbuatan yang betul dan salah yang tidak boleh dilakukan.

  Dalam Islam pun, memang diajar agar orang tua tentang tegur menegur ini. Manusia sememang nya mudah lupa dan alpa. Setiap perbuatan akan dipengaruhi oleh perasaan, nafsu yang mana ia akan mendorong untuk terus melakukan sesuatu perbuatan tanpa memikirkan akan kesan-kesannya.

 Nabi dan Rasul diturunkan oleh Allah swt kepada sesuatu umatnya atas tujuan untuk menegur akan perlakuan mereka yang telah jauh lari dari landasan kehidupan yang sebenar. Sekaligus mengajak umatnya mengenal akan Pencipta mereka yang lebih patut mereka sembah dan bergantung sepenuhnya kepadaNya.

 Itu kisah Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Tuhan dan mereka memang dipenuhi dengan sikap kesabaran yang tinggi dalam menjalankan amanah mereka sebagai utusan Allah. Kita ini yang hanya lah sebagai manusia biasa pun diberi peranan yang sama dalam hidup ini. Tujuan kita diciptakan sebagai Islam adalah untuk berdakwah kepada mereka yang tidak kenal akan agama yang sebenarnya.

 Tapi, kita sebagai manusia biasa tidak perlulah sampai hendak berdakwah kepada orang lain kerana bukan tugas kita kecuali lah kita memiliki ilmu setanding ulama. Kita hanya lah perlu menegur orang-orang disekeliling kita atau orang-orang yang rapat dengan kita. Orang tua menegur yang muda, ibu bapa menegur anak-anak dan suami menegur isteri.

 Konsep tegur menegur ini penting untuk kita mewujudkan satu masyarakat yang hidup dalam suasana harmoni dan aman damai. Kita tidak mahu menjadi seperti di beberapa buah negara lain yang mana terdapat rakyat nya yang tidak boleh ditegur dan sekiranya ditegur akan melakukan protes atau menunjukkan perasaan tidak puas hati dengan melakukan pelbagai perkara yang boleh merugikan masyarakat itu sendiri.

 Dalam kita hendak menegur akan perkara dan perbuatan orang lain hendak lah terlebih dahulu kita juga bersedia untuk ditegur. Kita juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan yang dalam dan luas serta pengalaman-pengalaman yang boleh membantu kita membentuk jati diri yang mulia. Ini kerana, dengan cara hidup dan suasana kehidupan sekarang yang lebih 'terbuka' banyak memberikan cabaran dalam menegur mereka-mereka yang lalai.

 Manusia sekarang terlalu mudah dan senang terdedah dengan perkara atau maklumat yang tidah sahih, tidak berasas dan tidak berfakta. Dengan kekurangan ilmu dan mudah terpedaya, mereka akan menerima bulat-bulat satu-satu maklumat tanpa menilai dan mentafsir dulu akan kesahihannya.

 Sekiranya kita tidak mempunyai ilmu, kita juga akan sama-sama hanyut dan terpedaya dengan fitnah-fitnah yang sangat hebat dilakukan oleh mereka yang berkepentingan pada masa sekarang.

 Dalam institusi rumah tangga, sangat perlunya persefahaman antara suami dan isteri dalam kehidupan seharian. Ini kerana, tanpa persefahaman tentulah akan banyak masalah yang timbul dalam menetapkan keputusan ,hubungan yang akan membawa kepada tidak bahagianya sesebuah perhubungan rumah tangga. Sangat penting untuk setiap pasangan memenuhkan diri dengan ilmu kerana ia adalah panduan untuk membuat sebarang perkara dan keputusan dalam kehidupan seharian.

 Banyak kes-kes perceraian berpunca daripada tidak sefahaman dan tidak sehaluan. Suami dan isteri terlalu mementingkan diri dan tidak mahu bertolak ansur dengan pasangan mereka. Hubungan rumahtangga sepatutnya merupakan sebuah perhubungan yang indah dan istimewa kerana ia akan melibatkan hubungan sepanjang hayat. Tentulah setiap pasangan suami isteri menginginkan sebuah kehidupan yang bahagia dan menyeronokkan kerana ia akan mempengaruhi emosi dan kehidupan sepanjang hayat. Sebab itulah, sebelum menempuh alam rumah tangga seharusnya seharunya setiap pasangan mempelajari akan selok belok alam berumah tangga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan