Jika mengamati maksud kenyataan tersebut, ia merupakan perbuatan seseorang terbatuk ditangga. Mungkin batuk yang dibuat-buat kerana menegur seseorang atau pun berdehem ataupun memang batuk yang datang dari penyakit sendiri.
Maksud sebenarnya ialah, sesuatu perkara tidak diletakkan ke tempat yang sepatutnya. Batok dalam peribahasa ini ialah sejenis alat tradisional orang Melayu untuk mengaut air daripada tempayan. Serupalah macam gayung pada masa sekarang. Batok diperbuat daripada tempurung kelapa iaitu untuk mengaut air dan pemegangnya pula daripada batang kayu yang lurus. Pada zaman tradisional Melayu dahulu, setiap rumah mesti menyediakan tempayan ditepi tangga sebagai tempat tetamu mencuci kaki. Orang dahulu biasanya berjalan menggunakan selipar ataupun berkaki ayam di dalam hutan sebelum adanya jalan-jalan raya yang lebih moden sebagai perhubungan pada masa kini.
Kembali kepada makna peribahasa di atas. Tentulah akan terjadi huru hara sekiranya benda yang patut berada ditempatnya tidak diletakkan ditempatnya. Manakan boleh seorang tukang jahit membuat kerja-kerja membaiki kenderaan ataupun mencabut gigi. Tentulah kereta yang rosak dihantar kepada mekanik manakala gigi yang sakit dirujuk kepada doktor gigi. Barulah betul akan peranan dan tugas-tugas mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan