Selasa, 16 September 2014

Malaysia....di sini lahirnya sebuah cinta

Tanggal 16 September merupakan hari yang bersejarah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana pada tarikh inilah terbentuknya sebuah negara yang aman dan penuh makmur bernama Malaysia. Hasil gabungan daripada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak maka terbentuklah sebuah negara Malaysia.

 Disini, dinyatakan sedikit rentetan sejarah bagaimana serta perjalanan dalam pembentukan Malaysia

31 Ogos 1957 - Tunnku Abdul Rahman mengisytiharkan Tanah Melayu merdeka

2 September 1957 - Tunku Abdul Rahman ditabalkan menjadi Perdana menteri yang pertama Tanah Melayu

10 September 1957 - Kabinet yang merdeka ditubuh untuk kali pertama

30 Julai 1960 - Darurat berakhir

27 Mei 1961 - Perdana Menteri Tanah Melayu pertama, Tunku Abdul Rahman membuat tawaran pembentukan Malaysia yang dianggotai Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Utara Borneo
Rancangan pembentukan Malaysia tidak digemari Indonesia yang ketika itu dibawah kepimpinan Presiden Soekarno dan berpendapat ia hanya lah rekaan British

26 Januari 1963 - Tentera Indonesia menggunakan pesawat TU-16 untuk mengawasi sempadan negaranya dengan Singapura dan Tanah Melayu

31 Januari 1963 - Kapal meriam Indonesia memasuki perairan Tanah Melayu melalui negeri Johor

9 Julai 1963 - Perjanjian pembentukan Malaysia ditandatangani di London

16 September 1963 - Pembentukan Malaysia menjadi kenyataan

18 September 1963 - Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Indonesia dan Filipina

9 Disember 1963 - Lelaki berumur 21 -29 tahun direkrut menjadi pengawal bersenjata ketika Konfrontasi Indonesia-Malaysia

14 Julai 1965 - Bon pertahanan negara dilancarkan untuk mengutip dana pertahanan Malaysia

9 Ogos 1965 - Singapura keluar Malaysia

1 Jun 1966 - Berakhirnya Konfrontasi Indonesia-Malaysia

Begitulah rententatn perjalanan peristiwa sehingga terbentuknya Malaysia. Hasil pembentukan ini telah memberi banyak manfaat kepada penduduk-penduduk Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak seperti yang dapat kita saksikan pada hari ini.

  Walaupun begitu, terdapat segelintir pihak yang berkepentingan sendiri telah menyebarkan dakyah dan hasutan kepada rakyat Malaysia melalui media sosial bagi menghasut penduduk Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia dan membentuk sebuah negara sendiri. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan suasana tegang melibatkan persefahaman penduduk berbilang kaum yang telah lama terjalin dalam negara ini.

  Rakyat Malaysia seharusnya bijak menerima sebarang dakyah serta menilai akan kesahihan maklumat-maklumat yang tidak tepat yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu. Semestisnya, peranan setiap warganegara amat penting dalam memastikan keamanan serta keharmonian negara kita terus dapat dikecapi selama-lamanya.

  Pihak kerajaan telah menjadikan tarikh 16 September setiap tahun sebagai tarikh untuk memperingati terbentuknya sebuah negara Malaysia. Sambutan Bulan Kemerdekaan yang bermula pada 16 Ogos hingga 16 September setiap tahun banyak dipenuhi oleh program-program dan aktiviti yang berunsur patriotik bagi menerapkan semangat Cintakan Negara yang menebal dalam setiap warga negaranya. Pihak-pihak media kerajaan dan swasta pula bertanggunjawab untuk menyiarkan dokumentari serta drama-drama yang berkisahkan sejarah negara sehingga merdeka.

 Bekas-bekas tokoh negara serta pejuang-pejuang terdahulu diingati dan diraikan bagi memastikan nama-nama serta peranan dan perjuangan mereka terus diingati oleh setiap warganegra. Pihak Kerajaan juga memberikan pengiktorafan tertinggi kepada mereka sebagai balasan atas jasa-jasa yang telah dicurahkan.

 Oleh itu, sama-samalah kita meraikan hari yang penuh bersejarah ini dan menjiwai semangat perjuangan pejuang-pejuang tanah air terdahulu dalam memastikan kedaulatan tanah air kita akan terus terpelihara selam-lamanya. Selamat hari Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan