Selasa, 16 September 2014

1Malaysia, Penjenamaan Semula

Tanggal 9 April 2009, Dato' Seri Najib Tun Razak telah melancarkan slogan '1Malaysia' dengat motto  'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Ia juga merupakan satu lagi sejarah negara kita kerana telah diilhamkan oleh perdana Menteri yang ke-6 iaitu Dato' Najib sendiri.

 Semua lapisan masyarakat tahu akan 1Malaysia ini ini tidak kiralah dari golongan kanak-kanak ataupun golongan veteran dan dari setiap pelusuk tanah air pasti akan tahu mengenai 1Malaysia.

 Tetapi, adakah sekadar mengetahui sahaja tanpa lebih memahami akan maksud dan makna disebalik slogan tersebut. Kita sepatutnya mengambil peranan atau lebih perihatin atas setiap dasar-dasar yang dilancarkan oleh kerajaan. Dalam suasana teknologi maklumat yang serba canggih pada zaman ini sepatutnya kita lebih mudah mendapat maklumat atau isu-isu semasa.

 1Malaysia sebenarnnya bukanlah perkara baru tetapi merupakan kesinambungan daripada usaha-usaha perdana menteri sebelum ini untuk membangunkan negara Malaysia setelah mendapat kemerdekaan dari pihak penjajah. Tentunya kita mahu membentuk sendiri hala tuju bangsa dan negara kita sendiri tanpa dikongkong oleh pihak-pihak lain.

 Kita memang bersyukur mempunyai pemimpin-pemimpin terdahulu yang memikirkan masa depan negara dan anak-anak bangsa. Pemimpin dahulu telah melakukan perkara yang betul kerana kesannya telah dapat kita nikmati sendiri pada masa kini.

 1Malaysia ialah kesinambunagan daripada usaha untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Ia merupakan hasil daripada idea Tun Mahathir yang mecetuskan Wawasan 2020 dan diteruskan oleh Perdana Menteri kita yang sekarang. Dalam tempoh selepas merdeka hingga sekarang , negara kita dapat berdiri setanding dengan negara-negara lain di dunia. Dari sebuah negara yang dijajah, sebuah negara pertanian sehingga akhirnya ke sebuah negara yang membangun dari segi pembangunan dan modal insan.

 Dalam kita hendak mecapai negara maju, pemimpin kita telah menetapkan bentuk mana negara maju yang hendak kita kecapi. Kita akan menjadi sebuah negara maju dengan acuan kita sendiri dan tidak meniru atau mengikut sepenuhnya negara-negara maju yang lain. Kita akan mengecapi nikmat negara maju sekaligus melahirkan rakyat yang hidup dalam suasana yang aman dan bahagia. Kerajaan telah membentuk formula nilai-nilai murni yang mesti diserapkan dalam diri setiap rakyat Malaysia. Nilai-nilai tersebut merupakan asas dan panduan dalam menjalani kehidupan seharian dalam usaha untuk mencapai negara yang berpendapatan tinggi dan bahagia menjelang tahun 2020.

 Dengan berpandukan nilai-nilai murni yang ditekankan oelh setiap agama, kerajaan memastikan ia dijiwai oleh setiap rakyatnya. 1 Malaysia merupakan penjenamaan semula sebuah jenama untuk melahirkan sebuah negara malaysia berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 . Sebab itulah, banyak pembaharuan atau penambahbaikan dalam setiap setiap sistem penyampaian oleh kerajaan. Ia akan sentiasa diselaraskan mengikut perkembangan terbaru dari masa ke semasa. Ini untuk memudahkan setiap rakyat dapat menerima dan merasai setiap hasil yang diperolehi negara. 

  Pada masa kini, tenknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Kita sudah tidak perlu lagi merasa kesusahan untuk mendapatkan setiap maklumat seperti sebelum ini. Akses-akses internet telah boleh diliputi hampir ke seluruh pelusuk tanah air. Setiap rakyat akan dapat memperolehi sendiri maklumat yang diperlukan dengan mudah.

  Ini merupakan salah satu daripada hasil usaha kerajaan dalam menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju. Dari segi ekonomi, kerajaan telah menyediakan dana bagi membantu usahawan yang baru mula hendak berniaga. Kerajaan juga memnerikan latihan supaya mereka boleh menjalani sendiri perniagaan yang bakal diusahakan. Tentunya, golongan bumiputera lebih mendapat keistimewaan dan perhatian oleh keraajan kerana ia memang telah termaktub dalam perlembagaan. Seharusnya, setiap rakyat merebut peluang ini dan tidak mensia-siakan setiap bantuan yang telah diberi. Kerajaan juga banyak memberi kan pelepasan cukai kepada golongan yang berpendapatan sederhana demi memastikan mereka tidak terbeban oleh tekanan kehidupan yang tinggi sekarang.

  Bagi memastikan segala bantuan dapat diberikan kepada golongan yang telah disasarkan, kerajaan telah mewujudkan banyak pusat-pusat maklumat dan tempat untuk mendapatkan khidmat nasihat. Bagi perkhidmatan yang telah sedia ada, ia sentiasa ditambah baik supaya segala kemudahan dapat digunakan sepenuhnya.

 Oleh itu, kita sepatutnya bersyukur kerana dapat hidup dibawah pemenerintahan yang sedia ada sekarang. Memang tidak semuanya sempurna kerana bukan mudah untuk memuashati semua pihak. Lebih-lebih lagi negara kita yang mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan agama. Yang penting, kita perlu bersabar dan mengamalkan eitika yang murni. Gunakan saluran yang sebetulnya untuk mengkritik pihak pemerintah. Perdana Menteri sendiri yang menjanjikan setiap suara rakyat akan didengar hingga ke akar umbi.

  Janganlah kita mudah terpengaruh dengan anasir-anasir pihak yang tidak bertanggungajawab. Mereka mempunyai agenda mereka tersendiri dan semua nya adalah bersifat kepentingan peribadi dan tidak memberi manfaat kepada rakyat. Mereka akan mencari setiap kesalalan dan kekurangan kerajaan dan menjdikannya sebagai isu utama untuk mempengaruhi rakyat supaya menyokong mereka.

  Orang-orang terdahulu telah berjuang hingga sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi memastikan genersasi mereka boleh berdiri sendiri di atas bumi sendiri pada ketika ini. Kita sepatutnya menjiwai perjuangan mereka. Tanpa perjuangan itu, belum tentu kita boleh hidup seperti hari ini dengan penuh rasa aman dan harmoni.

  
Pusat membeli mewah taraf 5 bintang di Kota Samarahan

Bandaraya Kuching

Salah sebuah pusat pendidikan bertaraf antarabangsa UNIMAS.

Itu sahaja untuk entri pada kali ini. Pastinya akan banyak lagi yang lebih menarik akan dimasukkan dari masa ke semasa. Sekian.....







Tiada ulasan:

Catat Ulasan