Manakan dapat dipisahkan air dari tebing. Ia akan bersama dalam apa jua keadaan dan begitulah akan berkekalan selama-lamanya.
Mendalami maksud tersirat disebalik frasa di atas ialah mana mungkin sesuatu yang telah dijadikan berpasangan itu boleh dipisahkan. Ia adalah fitrah kejadian alam dan tidak dapat dilangkaui oleh perbuatan manusia.
Dalam konteks adik-beradik, merupkan satu contoh yang berkait dengan peribahasa bagai aur dengan tebing. Adik, abang, kakak merupakan hubungan dalam satu keluarga yang terhasil daripada peranan ibu bapa. Setiap watak ini mempunyai sifat serta karakter yang berbeza-beza. Ia mungkin dipengaruhi oleh persekitaran serta cara ibu bapa memberi tunjuk ajar kepada anak-anak mereka.
Semasa peringkat kanak-kanak mereka akan bermain bersama, bergaduh, bergurau dan melakukan pelbagai aktiviti untuk mewujudkan suasana yang riang. Dalam setiap watak tersebut tentu ada sikap salah seorang diantara adik beradik yang lain dari yang lain. Ia dipanggil 'BlaCksheep' atau kambing biri-biri hitam. Ini kerana dalam satu kelompok kambing biri biri yang sama terdapat seekor kambing yang bewarna hitam. Faktor fizikal dan mental ini akan mempengaruhi emosi serta perlakuan kambing hitam tersebut.
Dia sentiasa akan menunjukkan sikap irihati, cemburu, degil dan tidak mahu mendengar nasihat. Dia akan melakukan perkara yang boleh menarik perhatian orang lain dan memang pun ia adalah tujuannya. Sebenarnya, sikap kanak-kanak yang begini merupakan perkara biasa dalam proses pembesaran dikalangan adik beradik.
Apabila meningkat remaja, mereka akan mula mengasingkan diri daripada ahli keluarga yang lain. Mereka mencari teman-teman sebagai tempat meluahkan perasaan, meminta pendapat dan teman untuk berhibur. Pada ketika ini, rasa gelora dan gejolak akan mula terasa dalam setiap remaja. Sikap ingin tahu, ingin menyayangi dan disayangi akan terus membuak-buak dalam jiwa mereka. Mereka mudah leka dan lalai dalam dunia pilihan mereka sendiri. Mereka akan menjadi apa yang mereka inginkan. Tanpa menghiraukan kesan dan akibatnya, remaja yang kurang keimanannya akan mudah terjerumus ke lembah yang tak sepatutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan