Ini adalah sambunga daripada entri yang aku tulis sebelum ni. Maksud pepatah diatas ialah , jika kita hendak melihat anak kita membesar dengan peribadi dan alkhlak yang mulia, kita hendaklah sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar serta menjadi contoh yang baik kepada mereka.
Ramai ibu bapa sekarang terlalu memanjakan anak-anak mereka sehingga apa yang dimahukan oleh anak-anak mereka sanggup dipenuhi dan dituruti dengan tujuan untuk menzahirkan rasa sayang dan memberikan rasa gembira kepada anak-anak mereka.
Dalam setiap kemahuan anak-anak tidak kita perlulah memikirkan akan kesan kepada mereka atas menuruti kemahuan mereka. Bagi ibu bapa yang mampu, mereka akan memberikan apa sahaja kemahuan anak-anak mereka tanpa memikirkan yang perbuatan tersebut akan lebih banyak banyak memberikan kesan negatif terhadap masa depan anak mereka nanti.
Lebih-lebih lagi jika ibu bapa bapa yang terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan seharian akan menggunaka material sebagai pengganti bagi kasih sayang kerana tentunya anak-anak akan gembira dengan pemberian tersebut.
Tentu kita pernah menonton sebuah filem klasik lakonan seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramli yang bertajuk " Anakku Sazali". Sebuah kisah yang menceritakan bagaimana seorang bapa yang kematian isteri membesarkan seorang anak yang bernama Sazali dengan penuh kemewahan sehingga akhirnya Sazali telah membalas segala pemberian bapanya dengan sikap yang kejam. Kehidupan lampau ayah Sazali yang pernah hidup susah telah mendorong ayah Sazali yang ketika itu baru kematian isterinya disaat Sazali masih kecil lagi. Ayah Sazali telah berjanji kepada isternya akan membesarkan Sazali dengan penuh kasih sayang dan memberikan kemewahan kepadanya kerana tidak mahu Sazali akan berasa kehidupan yang pernah dilalui oleh bapa Sazali sebelum ini. Dari kecil hingga besar, ayah Sazali mempercayai dan mengiyakan sahaja kata-kata Sazali tanpa memikir dan menyelidik terlebih dahulu akan kebenaran kata-katanya. Sanggup ayah Sazali mempertahankan kelakuan anaknya di sekolah setelah guru-guru mengadu kepada ayahnya akan sikap buruknya disekolah. Sazali bijak memberikan alasan kepada ayahnya sehingga ayahnya termakan dengan kata kata manis anaknya yang bijak mempengaruhi ayahnya dengan sikap manja.
Apa bila dewasa, Sazali mempengaruhi kwan-kawanya menggunakan wang supaya kawan-kawannya mengikut sahaja kata-kata dan arahan Sazali. Pada ketika itu, segala sikap buruk Sazali telah diketahui oleh bapanya dan Sazali semakin berani dengan secara teran-terang menunjukkan sikap tidak hormat kepada bapanya.
Pada ketika ini , barulah timbul rasa hendak menegur akan perbuatan Sazali yang melampaui batas itu. Tetapi, nasi sudah menjadi bubur kerana setiap teguran bapanya tidak pernah diambil peduli sebalik nya Sazali lebih berani lagi dengan menyalahkan bapanya kerana sikapnya itu adalah hasil dari didikan bapanya sendiri. Akhirnya , ayah Sazali sendiri yang menyerahkan Sazali kepada pihak polis atasa jenayah yang telah dilakukan Sazali.
Pada ketika ini, memang ayah Sazali sempat untuk mengajar anak nya bertaubat tetapi ayahnya tidak akan hidup bahagia kerana anak kesayangannya itu akan menghabiskan sisa kehidupannya di dalam penjara.
Kisah tersebut sangat memberi pengajaran dan sememangnya telah terjadi dalam kehidupan masyarakat kita pada masa kini. Dalam Islam, ada diajar panduan mendidik anak-anak dari kecil hingga mereka dewasa. Pada peringkat umur bayi sehingga umur 7 tahun, ibu bapa wajib memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Pada Umur 7 hingga 12 tahun yang mana peringkat ini dipanggil kanak-kanak, ibu bapa wajib memberi pendidikan dan tunjuk ajar kepada anak-anak. Mereka hendaklah ditegur atau dipukul secara lembut diatas setiap kesalah dan kesilapan yang mereka lakukan dalam kehidupan seharian. Pada peringkat umur 13 hingga 18 tahun yang mana peringkat ini dipanggil remaja, ibu bapa wajib menjadi pendengar dan sabahat yang setia kepada anak-anak. Pada peringkat remaja ini, anak anak akan melalui proses perubahan menjadi dewasa dan mengenal identiti mereka sendiri. Mereka akan mula timbul perasaan ingin mengetahui dan mencuba perkara-perkara yang baru mereka ketahui samada ada melalui pelajaran secara langsung atau tidak langsung ataupun melalui sumber-sumber media.
Pada masa inilah, ibu bapa perlu mengawal dan memantau perlakuan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah menegur dengan cara berhikmah di atas perbuatan mereka. Alam remaja akan menyebabkan mereka mudah memberontak sekiranya setiapa keinginan tidak dapat dipenuhi. Mereka akan mula mencari jalan penyelesaian di luar rumah dan mudah tepengaruh dengan perkara-perkara negatif. Sebab itulah, dari awal ditekankan untuk mengajar anak-anak kerana pada peringkat ini, bagi anak-anak yang faham mereka akan mudah menerima teguran.
Ibu bapa juga tidak boleh mengawal atau mengongkong kemahuan anak mereka. Tidak semua anak-anak boleh menerima kemahuan ibu bapa dalam menentukan masa depan mereka sendiri. Ibu bapa harus bijak melihat kecenderungan kemahuan anak-anak mereka berdasarkan laporan penilaian prestasi akademik dan sikap yang dinilai oleh guru-guru mereka disekolah.Ibu juga hendaklah bersedia memberikan nasihat dan pandangan dan menerima alasan-alasan yang diberikan oleh anak-anak.
Pada masa kini, negara kita sangat mementingkan pendidikan kepada setiap rakyat nya. Kerajaan tidak mahu rakyat negara ini tercicir dalam sama-sama menikmati arus pembangunan negara. Oleh sebab itu, banyak dana telah dibelanjakan bagi membangunkan pendidikan agar ia oleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Kerajaan juga menyediakan pusat-pusat akdemik yang bersifat pendidikan dan kemahiran sesuai dengan keputusan peperiksaan selepas persekolahan. Ini bagi membolehkan, setiap rakyat boleh berdikari sendiri tanpa perlu mengharapkan bantuan orang lain.
Ibu bapa juga hendaklah sentiasa memberi galakan semangat atau dorongan kepada setiap anak anak. Jangan memperkecilkan anak-anak yang kurang berjaya dalam pelajaran sebaliknya mengenalpasti akan kebolehan anak-anak dalam bidang lain dan seterusnya menghantar anak-anak kepusat pendidikan yang telah disediakan oleh kerajaaan kepada golongan sasar dalam kumpulan tersebut.
Ini kerana, kita mahu melihat rakyat Malaysia dapat menikmati pendapatan tinggi seperti mana yang telah dirancang oleh kerajaan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan