Khamis, 25 September 2014

Enjin Kereta Tak Boleh Hidup

Tentu ada pernah merasakan pengalaman masa nak idup kan enjin kereta , kereta tak boleh nak hidup. Dah masuk kunci tapi bila nak pulas ke ignition switch kereta enjin kereta seakan bunyi tersengguk-sengguk.

  Banyak punca ataupun sebab mengapa enjin kereta tak boleh nak start. Jika anda akan merasakan perkara ini terjadi terhadap anda, pertama sekalinya anda harus tidak cepat gelabah dan menjadi panik. Yang penting anda check dulu dekat meter kereta sekinya ada mengeluarkan tanda-tanda tertentu. Kebiasaan jika kereta tak boleh start disebabkan oleh bateri lemah, akan keluar tanda yang menunjukkan simbol bateri menyala. Itu menunjukkan yang bateri anda tidak berkuasa untuk menghidupkan enjin kereta. Ada juga kes kereta tak boleh start akan mengeluarkan 'tanda check' enjin yang bewarna kuning kebiasaannya.
Tanda check engine

Simbol Bateri kereta lemah

  Di sini saya akan berkongsi tips bagaimana untuk menghidupkan enjin jika bateri kereta lemah. Tips ini hanya boleh digunakan ke atas kereta yang bertransmisi manual sahaja. 

Menolak Kereta
  Jika anda memandu berseorangan, kemungkinan untuk menghidupkan kereta dengan menggunakan cara ini memang tidak akan membantu. Andak hendak lah memerlukan seorang yang berada di belakang kereta untuk menolak kereta anda. Seorang lagi akan bersedia didalam kereta. Pastikan kereta anda berada dalam keadaan ON Mode iaitu kunci telah dipulad kearah ignition switch. Kemudian, masukkan gear 2 atau 3 sambil kaki anda menekan klac. Jika sudah bersedia, arahkan kawan anda untuk menolak kereta ke hadapan. Pastikan kereta bergerak laju kemudian barulah dilepaskan klac kereta anda. Setelah enjin berjaya dihidupkan, tekan klac dan rammed terus enjin kereta anda bagi membolehkan bateri di cas semula oleh enjin. 
Selepas itu perhatikan semula ke arah meter. Sekiranya tanda bateri telah hilang, itun menunjukkan bahawa bateri kereta anda sedang dicas semula oleh enjin. Pastikan anda membiarkan enjin kereta dihidupkan lebih kurang 10 minit bagi memastikan bateri benar-benar telah dicas sepenuhnya.

 Kebiasaannya, jika berlaku seperti ini, ia menunjukkan yang bateri kereta anda mungkin perlu ditukar secepat mungkin. Ini kerana, kandungan plat timah di dalam bateri sudah tidak mampu untuk menyimpan arus elektrik bagi tempoh yang lama. Lebih baik digantikan segera dengan bateri yang baru.

 Bateri kereta pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu bateri jenis sel basah dan sel kering.

Bateri Sel Basah
Bateri sel basah lebih murah harganya. Di dalam bateri mengandungi air asid yang bertujuan untuk mengecas plat timah di dalam bateri. Bateri ini memerlukan penjagaan yang rapi sedikit. Anda perlu sentiasa memastikan kandungan air dalam bateri berada pada takat yang telah ditetapkan. Sekiranya paras air bateri kurang, anda boleh menambah sendiri air bateri dan pastikan air bateri yang ditambah tidak melebihi takat yang telah ditetapkan. Ini untuk memastikan jangka hayat bateri akan lebih lama. Jika anda sentiasa mengambil berat keadaan bateri kereta, ia dapat membantu menjimatkan kos penyelenggaraan kereta anda. Harga pula bergantung kepada jenama dalam lingkungan RM 120 ke RM200 bagi yang lebih berkualiti. Tidak perlulah juga untuk membeli bateri yang mahal yang penting anda mestilah sentiasa menjaga kandungan air bateri kereta anda. Kalau bateri mahal pun tapu air bateri kering malas nak isi jangka hayat nya pun tak lama jugak.


Bateri Sel Kering
Bateri ini juga ditakrifkan sebagai 'free maintance ' kalau kita nak beli kat kedai-kedai spare part. Bateri jenis ini lebih mudah dijaga kerana ia tidak memerlukan air bateri. bateri jenis ini jangka hayatnya telah ditetapkan bergantung kepada pengeluar bateri tersebut. Jika bateri itu hanya boleh bertahan 3 tahun, anda kena pastika bateri anda digantikan setelah sampai kepada masanya. Bateri ini harganya mahal daripada bateri sel basah juga bergantung kepada jenama.



Rabu, 17 September 2014

Kembalinya Nabi Isa A.S

Orang Islam dan Kristian percaya akan kedatangan semula Nabi Isa. Menghairankan apabila ada segelintir umat Islam yang tidak percaya berkenaan kepulangan nabi Isa as ke muka bumi ini. Sebagai Muslim, kita wajib percaya bahawa al-Quran adalah benar dan tidak mungkin al-Quran dirosakkan dengan apa cara sekalipun kerana ia adalah janji daripada Allah swt sendiri. berdasarkan dengan kepercayaan kepada kebenaran dan keaslian kepada isi dan apa yang terkandung dalam al-Quran, maka saya sertakan beberapa ayat daripada al-Quran yang menjelaskan berkenaan kembalinya Nabi Isa as, atas kehendak Allah :


  • "Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan berkenaan hari Kiamat. Kerana itu janganlah kamu ragu-ragu berkenaan hari kiamat dan ikutlah aku. Inilah jalan yang lurus" (Surah al-Zukhruf ayat 61)
  • "Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi kepada mereka." (Surah an-Nisa' ayat 159)
  Para ulama berpendapat mempercayai kembalinya nabi Isa adalah perkara yang melibat kan akidah. Hampir dalam semua pekerjaan ataupun buku yan membincangkan mengenai kepercayaan para pengikut sunah nabi adalah perbincangai mengenai kepulangan nabi Isa, perjuangan menentang Dajjal dan kemampuannya membunuh Dajjal

  Berdasarkan al-Quran dan hadis-hadis yang ada, mempercayai kepulangan nabi Isa adalah syarat penting dalam akidah umat Islam



Melepaskan Batok di Tangga

Jika mengamati maksud kenyataan tersebut, ia merupakan perbuatan seseorang terbatuk ditangga. Mungkin batuk yang dibuat-buat kerana menegur seseorang atau pun berdehem ataupun memang batuk yang datang dari penyakit sendiri.

  Maksud sebenarnya ialah, sesuatu perkara tidak diletakkan ke tempat yang sepatutnya. Batok dalam peribahasa ini ialah sejenis alat tradisional orang Melayu untuk mengaut air daripada tempayan. Serupalah macam gayung pada masa sekarang. Batok diperbuat daripada tempurung kelapa iaitu untuk mengaut air dan pemegangnya pula daripada batang kayu yang lurus. Pada zaman tradisional Melayu dahulu, setiap rumah mesti menyediakan tempayan ditepi tangga sebagai tempat tetamu mencuci kaki. Orang dahulu biasanya berjalan menggunakan selipar ataupun berkaki ayam di dalam hutan sebelum adanya jalan-jalan raya yang lebih moden sebagai perhubungan pada masa kini.

  Kembali kepada makna peribahasa di atas. Tentulah akan terjadi huru hara sekiranya benda yang patut berada ditempatnya tidak diletakkan ditempatnya. Manakan boleh seorang tukang jahit membuat kerja-kerja membaiki kenderaan ataupun mencabut gigi. Tentulah kereta yang rosak dihantar kepada mekanik manakala gigi yang sakit dirujuk kepada doktor gigi. Barulah betul akan peranan dan tugas-tugas mereka.

 

Selasa, 16 September 2014

Bagaikan aur dengan tebing

Manakan dapat dipisahkan air dari tebing. Ia akan bersama dalam apa jua keadaan dan begitulah akan berkekalan selama-lamanya.

 Mendalami maksud tersirat disebalik frasa di atas ialah mana mungkin sesuatu yang telah dijadikan berpasangan itu boleh dipisahkan. Ia adalah fitrah kejadian alam dan tidak dapat dilangkaui oleh perbuatan manusia.

  Dalam konteks adik-beradik, merupkan satu contoh yang berkait dengan peribahasa bagai aur dengan tebing. Adik, abang, kakak merupakan hubungan dalam satu keluarga yang terhasil daripada peranan ibu bapa. Setiap watak ini mempunyai sifat serta karakter yang berbeza-beza. Ia mungkin dipengaruhi oleh persekitaran serta cara ibu bapa memberi tunjuk ajar kepada anak-anak mereka.

 Semasa peringkat kanak-kanak mereka akan bermain bersama, bergaduh, bergurau dan melakukan pelbagai aktiviti untuk mewujudkan suasana yang riang. Dalam setiap watak tersebut tentu ada sikap salah seorang diantara adik beradik yang lain dari yang lain. Ia dipanggil 'BlaCksheep' atau kambing biri-biri hitam. Ini kerana dalam satu kelompok kambing biri biri yang sama terdapat seekor kambing yang bewarna hitam. Faktor fizikal dan mental ini akan mempengaruhi emosi serta perlakuan kambing hitam tersebut.

  Dia sentiasa akan menunjukkan sikap irihati, cemburu, degil dan tidak mahu mendengar nasihat. Dia akan melakukan perkara yang boleh menarik perhatian orang lain dan memang pun ia adalah tujuannya. Sebenarnya, sikap kanak-kanak yang begini merupakan perkara biasa dalam proses pembesaran dikalangan adik beradik.

Apabila meningkat remaja, mereka akan mula mengasingkan diri daripada ahli keluarga yang lain. Mereka mencari teman-teman sebagai tempat meluahkan perasaan, meminta pendapat dan teman untuk berhibur. Pada ketika ini, rasa gelora dan gejolak akan mula terasa dalam setiap remaja. Sikap ingin tahu, ingin menyayangi dan disayangi akan terus membuak-buak dalam jiwa mereka. Mereka mudah leka dan lalai dalam dunia pilihan mereka sendiri. Mereka akan menjadi apa yang mereka inginkan. Tanpa menghiraukan kesan dan akibatnya, remaja yang kurang keimanannya akan mudah terjerumus ke lembah yang tak sepatutnya.


Penyakit Kemurungan

Sejak akhir-akhir ini, media massa sering menyiarkan berita kematian mengejut dan bunuh diri. Berita seperti ini sememangnya meruntun hati dan kita seringkali tertanya “Apakah yang mendorong mangsa berbuat demikian?” atau “Apakah masalah yang menghantui  fikiran mangsa sehingga dia  sanggup untuk mengambil nyawanya sendiri?”. Bagi setiap kematian, kajian menunjukkan bahawa terdapat dua puluh orang di sekeliling mangsa seperti rakan-rakan dan keluarga mangsa yang mengalami trauma apabila mendengar berita kematian ini.
Walaupun kita tidak mungkin tahu cerita sebenar di sebalik mengapa mangsa membuat keputusan begitu atau apa yang mengganggu fikiran mereka namun secara umumnya, ramai yang mengetahui bahawa salah satu penyakit perubatan yang sering dikaitkan dengan kejadian ini adalah penyakit kemurungan ataupun dikenali sebagai “Major depression”. Pemahaman tentang penyakit kemurungan bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang perubatan psikologi adalah berbeza berbanding dengan pandangan orang ramai. Izinkan saya menjelaskan hal ini dalam erti kata yang mudah untuk difahami oleh kita semua.
Apakah itu penyakit kemurungan?
Penyakit kemurungan merupakan penyakit perubatan yang melibatkan perasaan sedih atau murung. Namun berbeza daripada perasaan sedih yang mungkin dirasakan apabila kita kehilangan telefon bimbit contohnya, bagi mereka yang mengalami masalah ini, perasaan sedih atau murung ini berpanjangan. Pada masa yang sama, mereka juga seringkali mempunyai perasaan terlalu rendah diri dan sering merasakan diri mereka bersalah dan berdosa dalam setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka. Perasaan murung ini hadir dalam diri mereka pada setiap waktu sepanjang hari dan boleh berlarutan sehingga berminggu-minggu. Ini berbeza dengan perasaan sedih biasa yang kita alami apabila sesuatu musibah berlaku yang akan hilang dalam masa yang singkat setelah musibah itu berlalu.
Diagnosis penyakit ini melibatkan temubual antara pakar psikiatri dengan mereka yang dirasakan menghidapi penyakit kemurungan. Diagnosis ini berpandukan kriteria yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO) dan American Psychiatric Association (APA). Mereka yang mempunyai gejala-gejala atau simptom kemurungan seperti yang dinyatakan di bawah,  menyebabkan gangguan dalam kehidupan seharian berkemungkinan mengalami penyakit kemurungan ini.
Tanda-tanda penyakit kemurungan
1. Perasaan murung atau sering marah-marah hampir sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu. Perasaan ini dilaporkan oleh pesakit secara subjektif seperti perasaan rendah diri ataupun daripada pengamatan orang luar contohnya selalu menangis.
2. Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari. Contohnya tidak berminat untuk bersukan lagi atau berjumpa dengan sanak-saudara.
3. Berat badan merosot (~5%) daripada asal dalam waktu yang singkat atau kurang selera makan.
4. Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).
5. Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, sama ada terlebih aktif atau kurang aktif.
6. Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian.
7. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan  sesuatu kesalahan perbuatan  atau merasakan diri tidak berguna
8. Tidak mampu memberikan konsentrasi atau  berfikir secara rasional. Pesakit juga merasakan susah untuk membuat keputusan dalam kehidupan hariannya.
9. Berfikir tentang  keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai pelan masa hadapan untuk membunuh diri.
Justeru, jika anda merasakan anda atau orang terdekat anda mempunyai gejala- gejala yang disebutkan di atas dalam tempoh waktu yang sudah lama, adalah lebih baik anda mendapatkan pertolongan daripada doktor anda atau hubungi mereka yang boleh memberikan pertolongan seperti di bawah.
Apakah situasinya sekarang?
Terdapat salah faham yang berlaku di kalangan umum bahawa ahli psikiatri dapat membaca minda pesakit. Ini sudah tentunya satu dongeng dan tidak benar sama sekali. Seperti yang dikatakan Dr Eugene sebelum ini, doktor psikiatri adalah doktor perubatan yang berlatih dan mendalami ilmu kesihatan mental. Justeru, kumpulan pakar ini dapat membantu mereka yang mengalami masalah dalam penyakit mental.
Source: projectlifemastery.com
Source: projectlifemastery.com
Penyakit kemurungan telah dikenalpasti oleh WHO sebagai penyakit keempat terbesar yang menyumbang kepada penyakit global (global disability) yang dialami oleh manusia di seluruh dunia pada ketika ini. Kajian juga meramalkan bahawa penyakit kemurungan akan menjadi penyebab utama masalah kesihatan dalam negara-negara membangun menjelang tahun 2020. Oleh itu, isu ini tidak boleh dipandang ringan.
Beberapa kajian epidemiologi juga turut melaporkan bahawa peluang bagi seseorang  untuk menghidapi penyakit kemurungan sepanjang tempoh kehidupannya adalah sebanyak 11-15% dan dalam tempoh setahun pula kemungkinan terdapat  sebanyak 5-6%  mereka yang menghidapi penyakit ini. . Di Malaysia ketika ini, kejadian penyakit ini adalah sebanyak 2% di kalangan orang umum  dan  di antara yang mendapatkan khidmat doktor pula, prevalen penyakit ini adalah sebanyak 6-14%. Berkemungkinan besar statistik yang diberikan tidak mewakili apa yang sedang berlaku dalam komuniti kita kerana kurang keperihatinan masyarakat kita  terhadap penyakit mental. Mungkin juga ramai yang tidak menyedari bahawa kemurungan yang berpanjangan adalah satu masalah yang perlu kita tanggani bersama.
Apakah punca penyakit kemurungan?
Terdapat beberapa faktor yang  menyumbang kepada seseorang itu untuk mengalami penyakit kemurungan. Salah satunya ialah genetik atau keturunan. Individu yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidapi penyakit kemurungan, mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi penyakit ini apabila dibandingkan dengan mereka yang tidak. Selain itu, individu dengan personaliti yang selalu gelisah atau tidak ceria adalah lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.
Mereka yang pernah mengalami peristiwa hidup yang memberi impak pada zaman kanak-kanak juga mempunyai risiko yang lebih tinggi. Contohnya trauma psikologi di zaman kanak-kanak atau trauma fizikal ke atas otak kerana  kecederaan atau penyalahgunaan dadah. Kemalangan yang berlaku pada zaman kanak- kanak memberi kesan yang lebih besar dan membawa kepada risiko yang lebih tinggi untuk penyakit kemurungan bagi seseorang individu dalam kehidupan dewasanya. Bagi mereka yang menggunakan dadah, risiko untuk menghidapi penyakit kemurungan juga turut meningkat berbanding dengan mereka yang tidak mengambil dadah. Penggunaan dadah di sini termasuklah menghisap rokok.
Sesetengah sejarah hidup yang negatif atau yang menyebabkan tekanan jiwa boleh menjadikan seseorang individu itu lebih terdedah untuk menghidapi penyakit kemurungan. Oleh itu, mereka ini haruslah lebih berwaspada dan mendapatkan pertolongan secepat mungkin.
Antara faktor lain yang menyebabkan penyakit kemurungan ialah ketidakseimbangan bahan kimia atau hormon di dalam otak. Hormon utama yang sering dikaitkan ialah serotonin. Antara hormon lain yang turut terlibat ialah norepinephrine dan dopamine. Bahan-bahan ini diperlukan untuk otak kita berfungsi secara normal dalam mengawal perasaan kita. Oleh itu, kegagalan dalam penghasilan atau peningkatan dalam pemusnahan bahan-bahan ini akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan bahan kimia ini dan seterusnya menjurus seseorang itu menghidap  penyakit kemurungan .
Source: www.mamamia.com.au
Source: www.mamamia.com.au
Bolehkah kita merawat penyakit kemurungan?
Penyakit kemurungan perlu dikenalpasti dan diberikan diagnosis sebelum rawatan dapat diberikan. Individu yang mempunyai penyakit ini, bergantung kepada tahap keterukannya, boleh memilih di antara “talking therapy” (psikoterapi)  atau penggunaan ubat. Selalunya untuk kes sederhana atau berat, kombinasi terapi boleh digunakan untuk merawat pesakit dan kajian telah menunjukkan keputusan yang memberangsangkan apabila kombinasi rawatan digunakan.
Rawatan menggunakan ubat-ubatan adalah efektif dan selamat. Walaupun setiap ubat mempunyai kesan sampingan, sekiranya tidak memberikan rawatan untuk penyakit kemurungan adalah lebih bahaya daripada kesan sampingan tersebut. Juga perlu dijelaskan bahawa kesan sampingan ubat-ubat ini selalunya kecil dan jutaan pesakit di seluruh dunia yang menerima rawatan ini dapat menerima kesan sampingannya.
Bagaimana saya boleh meminta pertolongan?
Bagi mereka yang berasa diri mereka memerlukan pertolongan dalam hal ini dan mahu berbicara dengan seseorang yang memahami, doktor di klinik yang selalu anda kunjungi  merupakan orang pertama yang patut anda bawa berbincang. Semua doktor mempunyai kepakaran yang cukup untuk mengesan dan merawat penyakit kemurungan yang ringan atau sederhana  dalam komuniti. Jika mereka merasakan anda memerlukan khidmat pakar, mereka boleh merujuk anda ke hospital untuk bertemu dengan pakar psikiatri.
Jika anda sendiri mahu berjumpa dengan doktor- doktor yang lebih pakar dalam bidang kesihatan mental, anda bolehlah terus berjumpa dengan pakar psikiatri. Mereka boleh dijumpai di hospital- hospital, tidak kira hospital kerajaan mahupun hospital swasta. Terdapat juga beberapa pakar psikiatri yang mempunyai klinik sendiri. Semua hospital besar kerajaan mempunyai khidmat pakar psikiatri. Anda bolehlah merujuk di sini:
Ahli psikologi walaupun berbeza dengan ahli psikiatri, juga dapat membantu anda. Terdapat juga beberapa  orang ahli psikologi bekerjasama dengan pakar psikiatri sebagai sebuah pasukan. Bagaimanapun tidak banyak ahli psikologi di Malaysia berbanding ahli psikiatri.
Untuk mereka yang memerlukan pertolongan tetapi tidak bersedia untuk bersemuka dengan doctor atau pakar psikiatri, beberapa kumpulan NGO mungkin dapat membantu anda. Antaranya ialah Befrienders Malaysia  http://www.befrienders.org.my/
Akhir sekali, The Malaysian Mental Association mempunyai beberapa kumpulan sokongan yang dapat menghulurkan bantuan. Mereka dapat dihubungi melalui laman web ini http://mmha.org.my/slide/
Artikel ini adalah terjemahan dari artikel bahasa inggerisnya “Major Depression and You” dan diterjemahkan oleh Wan Zaireen Hani Wan Najib pelajar akhir perubatan di University Otago, New Zealand.

Malaysia....di sini lahirnya sebuah cinta

Tanggal 16 September merupakan hari yang bersejarah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana pada tarikh inilah terbentuknya sebuah negara yang aman dan penuh makmur bernama Malaysia. Hasil gabungan daripada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak maka terbentuklah sebuah negara Malaysia.

 Disini, dinyatakan sedikit rentetan sejarah bagaimana serta perjalanan dalam pembentukan Malaysia

31 Ogos 1957 - Tunnku Abdul Rahman mengisytiharkan Tanah Melayu merdeka

2 September 1957 - Tunku Abdul Rahman ditabalkan menjadi Perdana menteri yang pertama Tanah Melayu

10 September 1957 - Kabinet yang merdeka ditubuh untuk kali pertama

30 Julai 1960 - Darurat berakhir

27 Mei 1961 - Perdana Menteri Tanah Melayu pertama, Tunku Abdul Rahman membuat tawaran pembentukan Malaysia yang dianggotai Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Utara Borneo
Rancangan pembentukan Malaysia tidak digemari Indonesia yang ketika itu dibawah kepimpinan Presiden Soekarno dan berpendapat ia hanya lah rekaan British

26 Januari 1963 - Tentera Indonesia menggunakan pesawat TU-16 untuk mengawasi sempadan negaranya dengan Singapura dan Tanah Melayu

31 Januari 1963 - Kapal meriam Indonesia memasuki perairan Tanah Melayu melalui negeri Johor

9 Julai 1963 - Perjanjian pembentukan Malaysia ditandatangani di London

16 September 1963 - Pembentukan Malaysia menjadi kenyataan

18 September 1963 - Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Indonesia dan Filipina

9 Disember 1963 - Lelaki berumur 21 -29 tahun direkrut menjadi pengawal bersenjata ketika Konfrontasi Indonesia-Malaysia

14 Julai 1965 - Bon pertahanan negara dilancarkan untuk mengutip dana pertahanan Malaysia

9 Ogos 1965 - Singapura keluar Malaysia

1 Jun 1966 - Berakhirnya Konfrontasi Indonesia-Malaysia

Begitulah rententatn perjalanan peristiwa sehingga terbentuknya Malaysia. Hasil pembentukan ini telah memberi banyak manfaat kepada penduduk-penduduk Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak seperti yang dapat kita saksikan pada hari ini.

  Walaupun begitu, terdapat segelintir pihak yang berkepentingan sendiri telah menyebarkan dakyah dan hasutan kepada rakyat Malaysia melalui media sosial bagi menghasut penduduk Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia dan membentuk sebuah negara sendiri. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan suasana tegang melibatkan persefahaman penduduk berbilang kaum yang telah lama terjalin dalam negara ini.

  Rakyat Malaysia seharusnya bijak menerima sebarang dakyah serta menilai akan kesahihan maklumat-maklumat yang tidak tepat yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu. Semestisnya, peranan setiap warganegara amat penting dalam memastikan keamanan serta keharmonian negara kita terus dapat dikecapi selama-lamanya.

  Pihak kerajaan telah menjadikan tarikh 16 September setiap tahun sebagai tarikh untuk memperingati terbentuknya sebuah negara Malaysia. Sambutan Bulan Kemerdekaan yang bermula pada 16 Ogos hingga 16 September setiap tahun banyak dipenuhi oleh program-program dan aktiviti yang berunsur patriotik bagi menerapkan semangat Cintakan Negara yang menebal dalam setiap warga negaranya. Pihak-pihak media kerajaan dan swasta pula bertanggunjawab untuk menyiarkan dokumentari serta drama-drama yang berkisahkan sejarah negara sehingga merdeka.

 Bekas-bekas tokoh negara serta pejuang-pejuang terdahulu diingati dan diraikan bagi memastikan nama-nama serta peranan dan perjuangan mereka terus diingati oleh setiap warganegra. Pihak Kerajaan juga memberikan pengiktorafan tertinggi kepada mereka sebagai balasan atas jasa-jasa yang telah dicurahkan.

 Oleh itu, sama-samalah kita meraikan hari yang penuh bersejarah ini dan menjiwai semangat perjuangan pejuang-pejuang tanah air terdahulu dalam memastikan kedaulatan tanah air kita akan terus terpelihara selam-lamanya. Selamat hari Malaysia.

1Malaysia, Penjenamaan Semula

Tanggal 9 April 2009, Dato' Seri Najib Tun Razak telah melancarkan slogan '1Malaysia' dengat motto  'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Ia juga merupakan satu lagi sejarah negara kita kerana telah diilhamkan oleh perdana Menteri yang ke-6 iaitu Dato' Najib sendiri.

 Semua lapisan masyarakat tahu akan 1Malaysia ini ini tidak kiralah dari golongan kanak-kanak ataupun golongan veteran dan dari setiap pelusuk tanah air pasti akan tahu mengenai 1Malaysia.

 Tetapi, adakah sekadar mengetahui sahaja tanpa lebih memahami akan maksud dan makna disebalik slogan tersebut. Kita sepatutnya mengambil peranan atau lebih perihatin atas setiap dasar-dasar yang dilancarkan oleh kerajaan. Dalam suasana teknologi maklumat yang serba canggih pada zaman ini sepatutnya kita lebih mudah mendapat maklumat atau isu-isu semasa.

 1Malaysia sebenarnnya bukanlah perkara baru tetapi merupakan kesinambungan daripada usaha-usaha perdana menteri sebelum ini untuk membangunkan negara Malaysia setelah mendapat kemerdekaan dari pihak penjajah. Tentunya kita mahu membentuk sendiri hala tuju bangsa dan negara kita sendiri tanpa dikongkong oleh pihak-pihak lain.

 Kita memang bersyukur mempunyai pemimpin-pemimpin terdahulu yang memikirkan masa depan negara dan anak-anak bangsa. Pemimpin dahulu telah melakukan perkara yang betul kerana kesannya telah dapat kita nikmati sendiri pada masa kini.

 1Malaysia ialah kesinambunagan daripada usaha untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Ia merupakan hasil daripada idea Tun Mahathir yang mecetuskan Wawasan 2020 dan diteruskan oleh Perdana Menteri kita yang sekarang. Dalam tempoh selepas merdeka hingga sekarang , negara kita dapat berdiri setanding dengan negara-negara lain di dunia. Dari sebuah negara yang dijajah, sebuah negara pertanian sehingga akhirnya ke sebuah negara yang membangun dari segi pembangunan dan modal insan.

 Dalam kita hendak mecapai negara maju, pemimpin kita telah menetapkan bentuk mana negara maju yang hendak kita kecapi. Kita akan menjadi sebuah negara maju dengan acuan kita sendiri dan tidak meniru atau mengikut sepenuhnya negara-negara maju yang lain. Kita akan mengecapi nikmat negara maju sekaligus melahirkan rakyat yang hidup dalam suasana yang aman dan bahagia. Kerajaan telah membentuk formula nilai-nilai murni yang mesti diserapkan dalam diri setiap rakyat Malaysia. Nilai-nilai tersebut merupakan asas dan panduan dalam menjalani kehidupan seharian dalam usaha untuk mencapai negara yang berpendapatan tinggi dan bahagia menjelang tahun 2020.

 Dengan berpandukan nilai-nilai murni yang ditekankan oelh setiap agama, kerajaan memastikan ia dijiwai oleh setiap rakyatnya. 1 Malaysia merupakan penjenamaan semula sebuah jenama untuk melahirkan sebuah negara malaysia berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 . Sebab itulah, banyak pembaharuan atau penambahbaikan dalam setiap setiap sistem penyampaian oleh kerajaan. Ia akan sentiasa diselaraskan mengikut perkembangan terbaru dari masa ke semasa. Ini untuk memudahkan setiap rakyat dapat menerima dan merasai setiap hasil yang diperolehi negara. 

  Pada masa kini, tenknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Kita sudah tidak perlu lagi merasa kesusahan untuk mendapatkan setiap maklumat seperti sebelum ini. Akses-akses internet telah boleh diliputi hampir ke seluruh pelusuk tanah air. Setiap rakyat akan dapat memperolehi sendiri maklumat yang diperlukan dengan mudah.

  Ini merupakan salah satu daripada hasil usaha kerajaan dalam menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju. Dari segi ekonomi, kerajaan telah menyediakan dana bagi membantu usahawan yang baru mula hendak berniaga. Kerajaan juga memnerikan latihan supaya mereka boleh menjalani sendiri perniagaan yang bakal diusahakan. Tentunya, golongan bumiputera lebih mendapat keistimewaan dan perhatian oleh keraajan kerana ia memang telah termaktub dalam perlembagaan. Seharusnya, setiap rakyat merebut peluang ini dan tidak mensia-siakan setiap bantuan yang telah diberi. Kerajaan juga banyak memberi kan pelepasan cukai kepada golongan yang berpendapatan sederhana demi memastikan mereka tidak terbeban oleh tekanan kehidupan yang tinggi sekarang.

  Bagi memastikan segala bantuan dapat diberikan kepada golongan yang telah disasarkan, kerajaan telah mewujudkan banyak pusat-pusat maklumat dan tempat untuk mendapatkan khidmat nasihat. Bagi perkhidmatan yang telah sedia ada, ia sentiasa ditambah baik supaya segala kemudahan dapat digunakan sepenuhnya.

 Oleh itu, kita sepatutnya bersyukur kerana dapat hidup dibawah pemenerintahan yang sedia ada sekarang. Memang tidak semuanya sempurna kerana bukan mudah untuk memuashati semua pihak. Lebih-lebih lagi negara kita yang mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan agama. Yang penting, kita perlu bersabar dan mengamalkan eitika yang murni. Gunakan saluran yang sebetulnya untuk mengkritik pihak pemerintah. Perdana Menteri sendiri yang menjanjikan setiap suara rakyat akan didengar hingga ke akar umbi.

  Janganlah kita mudah terpengaruh dengan anasir-anasir pihak yang tidak bertanggungajawab. Mereka mempunyai agenda mereka tersendiri dan semua nya adalah bersifat kepentingan peribadi dan tidak memberi manfaat kepada rakyat. Mereka akan mencari setiap kesalalan dan kekurangan kerajaan dan menjdikannya sebagai isu utama untuk mempengaruhi rakyat supaya menyokong mereka.

  Orang-orang terdahulu telah berjuang hingga sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi memastikan genersasi mereka boleh berdiri sendiri di atas bumi sendiri pada ketika ini. Kita sepatutnya menjiwai perjuangan mereka. Tanpa perjuangan itu, belum tentu kita boleh hidup seperti hari ini dengan penuh rasa aman dan harmoni.

  
Pusat membeli mewah taraf 5 bintang di Kota Samarahan

Bandaraya Kuching

Salah sebuah pusat pendidikan bertaraf antarabangsa UNIMAS.

Itu sahaja untuk entri pada kali ini. Pastinya akan banyak lagi yang lebih menarik akan dimasukkan dari masa ke semasa. Sekian.....







Sayang Anak Pukul Pukulkan

Ini adalah sambunga daripada entri yang aku tulis sebelum ni. Maksud pepatah diatas ialah , jika kita hendak melihat anak kita membesar dengan peribadi dan alkhlak yang mulia, kita hendaklah sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar serta menjadi contoh yang baik kepada mereka.

 Ramai ibu bapa sekarang terlalu memanjakan anak-anak mereka sehingga apa yang dimahukan oleh anak-anak mereka sanggup dipenuhi dan dituruti dengan tujuan untuk menzahirkan rasa sayang dan memberikan rasa gembira kepada anak-anak mereka.

 Dalam setiap kemahuan anak-anak tidak kita perlulah memikirkan akan kesan kepada mereka atas menuruti kemahuan mereka. Bagi ibu bapa yang mampu, mereka akan memberikan apa sahaja kemahuan anak-anak mereka tanpa memikirkan yang perbuatan tersebut akan lebih banyak banyak memberikan kesan negatif terhadap masa depan anak mereka nanti.

 Lebih-lebih lagi jika ibu bapa bapa yang terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan seharian akan menggunaka material sebagai pengganti bagi kasih sayang kerana tentunya anak-anak akan gembira dengan pemberian tersebut.

 Tentu kita pernah menonton sebuah filem klasik lakonan seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramli yang bertajuk " Anakku Sazali". Sebuah kisah yang menceritakan bagaimana seorang bapa yang kematian isteri membesarkan seorang anak yang bernama Sazali dengan penuh kemewahan sehingga akhirnya Sazali telah membalas segala pemberian bapanya dengan sikap yang kejam. Kehidupan lampau ayah Sazali yang pernah hidup susah telah mendorong ayah Sazali yang ketika itu baru kematian isterinya disaat Sazali masih kecil lagi. Ayah Sazali telah berjanji kepada isternya akan membesarkan Sazali dengan penuh kasih sayang dan memberikan kemewahan kepadanya kerana tidak mahu Sazali akan berasa kehidupan yang pernah dilalui oleh bapa Sazali sebelum ini. Dari kecil hingga besar, ayah Sazali mempercayai dan mengiyakan sahaja kata-kata Sazali tanpa memikir dan menyelidik terlebih dahulu akan kebenaran kata-katanya. Sanggup ayah Sazali mempertahankan kelakuan anaknya di sekolah setelah guru-guru mengadu kepada ayahnya akan sikap buruknya disekolah. Sazali bijak memberikan alasan kepada ayahnya sehingga ayahnya termakan dengan kata kata manis anaknya yang bijak mempengaruhi ayahnya dengan sikap manja.

 Apa bila dewasa, Sazali mempengaruhi kwan-kawanya menggunakan wang supaya kawan-kawannya mengikut sahaja kata-kata dan arahan Sazali. Pada ketika itu, segala sikap buruk Sazali telah diketahui oleh bapanya dan Sazali semakin berani dengan secara teran-terang menunjukkan sikap tidak hormat kepada bapanya.

 Pada ketika ini , barulah timbul rasa hendak menegur akan perbuatan Sazali yang melampaui batas itu. Tetapi, nasi sudah menjadi bubur kerana setiap teguran bapanya tidak pernah diambil peduli sebalik nya Sazali lebih berani lagi dengan menyalahkan  bapanya kerana sikapnya itu adalah hasil dari didikan bapanya sendiri. Akhirnya , ayah Sazali sendiri yang menyerahkan Sazali kepada pihak polis atasa jenayah yang telah dilakukan Sazali.

 Pada ketika ini, memang ayah Sazali sempat untuk mengajar anak nya bertaubat tetapi ayahnya tidak akan hidup bahagia kerana anak kesayangannya itu akan menghabiskan sisa kehidupannya di dalam penjara.

 Kisah tersebut sangat memberi pengajaran dan sememangnya telah terjadi dalam kehidupan masyarakat kita pada masa kini. Dalam Islam, ada diajar panduan mendidik anak-anak dari kecil hingga mereka dewasa. Pada peringkat umur bayi sehingga umur 7 tahun, ibu bapa wajib memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Pada Umur 7 hingga 12 tahun yang mana peringkat ini dipanggil kanak-kanak, ibu bapa wajib memberi pendidikan dan tunjuk ajar kepada anak-anak. Mereka hendaklah ditegur atau dipukul secara lembut diatas setiap kesalah dan kesilapan yang mereka lakukan dalam kehidupan seharian. Pada peringkat umur 13 hingga 18 tahun yang mana peringkat ini dipanggil remaja, ibu bapa wajib menjadi pendengar dan sabahat yang setia kepada anak-anak. Pada peringkat remaja ini, anak anak akan melalui proses perubahan menjadi dewasa dan mengenal identiti mereka sendiri. Mereka akan mula timbul perasaan ingin mengetahui dan mencuba perkara-perkara yang baru mereka ketahui samada ada melalui pelajaran secara langsung atau tidak langsung ataupun melalui sumber-sumber media.

 Pada masa inilah, ibu bapa perlu mengawal dan memantau perlakuan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah menegur dengan cara berhikmah di atas perbuatan mereka. Alam remaja akan menyebabkan mereka mudah memberontak sekiranya setiapa keinginan tidak dapat dipenuhi. Mereka akan mula mencari jalan penyelesaian di luar rumah dan mudah tepengaruh dengan perkara-perkara negatif. Sebab itulah, dari awal ditekankan untuk mengajar anak-anak kerana pada peringkat ini, bagi anak-anak yang faham mereka akan mudah menerima teguran.

Ibu bapa juga tidak boleh mengawal atau mengongkong kemahuan anak mereka. Tidak semua anak-anak boleh menerima kemahuan ibu bapa dalam menentukan masa depan mereka sendiri. Ibu bapa harus bijak melihat kecenderungan kemahuan anak-anak mereka berdasarkan laporan penilaian prestasi akademik dan sikap yang dinilai oleh guru-guru mereka disekolah.Ibu juga hendaklah bersedia memberikan nasihat dan pandangan dan menerima alasan-alasan yang diberikan oleh anak-anak.

 Pada masa kini, negara kita sangat mementingkan pendidikan kepada setiap rakyat nya. Kerajaan tidak mahu rakyat negara ini tercicir dalam sama-sama menikmati arus pembangunan negara. Oleh sebab itu, banyak dana telah dibelanjakan bagi membangunkan pendidikan agar ia oleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Kerajaan juga menyediakan pusat-pusat akdemik yang bersifat pendidikan dan kemahiran sesuai dengan keputusan peperiksaan selepas persekolahan. Ini bagi membolehkan, setiap rakyat boleh berdikari sendiri tanpa perlu mengharapkan bantuan orang lain.

 Ibu bapa juga hendaklah sentiasa memberi galakan semangat atau dorongan kepada setiap anak anak. Jangan memperkecilkan anak-anak yang kurang berjaya dalam pelajaran sebaliknya mengenalpasti akan kebolehan anak-anak dalam bidang lain dan seterusnya menghantar anak-anak kepusat pendidikan yang telah disediakan oleh kerajaaan kepada golongan sasar dalam kumpulan tersebut.

 Ini kerana, kita mahu melihat rakyat Malaysia dapat menikmati pendapatan tinggi seperti mana yang telah dirancang oleh kerajaan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Sayang Isteri Tangan Tangankan

''Sayang isteri tangan tangankan, sayang anak pukul-pukulkan....''

rasanya semua pernah mendengar pepapatah atau pribahasa seperti yang dinyatakan diatas...terlalu banyak maksud yang tersirat disebalik kata-kata tersebut. Orang Melayu dulu-dulu memang kaya dengan kata-kata kiasan. Mereka tidak menegur orang lain dengan teguran yang 'Direct' kata orang putih tapi menegur dengan kata-kata yang penuh dengan maksud yang tersirat dan mendalam agar mereka dapat merenung kembali dan mengambil pengajaran dari maksud teguran tersebut.

   Maksud nya di sini ialah, kalau kita sayang kn seseorang itu, sekiranya dia melakukan satu kesilapan eloklah ditegur akan kesilapan tersebut. Ini kerana tidak mahu kesilapan itu akan terus dilakukan sehingga mereka tidak tahu lagi yang mana perbuatan yang betul dan salah yang tidak boleh dilakukan.

  Dalam Islam pun, memang diajar agar orang tua tentang tegur menegur ini. Manusia sememang nya mudah lupa dan alpa. Setiap perbuatan akan dipengaruhi oleh perasaan, nafsu yang mana ia akan mendorong untuk terus melakukan sesuatu perbuatan tanpa memikirkan akan kesan-kesannya.

 Nabi dan Rasul diturunkan oleh Allah swt kepada sesuatu umatnya atas tujuan untuk menegur akan perlakuan mereka yang telah jauh lari dari landasan kehidupan yang sebenar. Sekaligus mengajak umatnya mengenal akan Pencipta mereka yang lebih patut mereka sembah dan bergantung sepenuhnya kepadaNya.

 Itu kisah Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Tuhan dan mereka memang dipenuhi dengan sikap kesabaran yang tinggi dalam menjalankan amanah mereka sebagai utusan Allah. Kita ini yang hanya lah sebagai manusia biasa pun diberi peranan yang sama dalam hidup ini. Tujuan kita diciptakan sebagai Islam adalah untuk berdakwah kepada mereka yang tidak kenal akan agama yang sebenarnya.

 Tapi, kita sebagai manusia biasa tidak perlulah sampai hendak berdakwah kepada orang lain kerana bukan tugas kita kecuali lah kita memiliki ilmu setanding ulama. Kita hanya lah perlu menegur orang-orang disekeliling kita atau orang-orang yang rapat dengan kita. Orang tua menegur yang muda, ibu bapa menegur anak-anak dan suami menegur isteri.

 Konsep tegur menegur ini penting untuk kita mewujudkan satu masyarakat yang hidup dalam suasana harmoni dan aman damai. Kita tidak mahu menjadi seperti di beberapa buah negara lain yang mana terdapat rakyat nya yang tidak boleh ditegur dan sekiranya ditegur akan melakukan protes atau menunjukkan perasaan tidak puas hati dengan melakukan pelbagai perkara yang boleh merugikan masyarakat itu sendiri.

 Dalam kita hendak menegur akan perkara dan perbuatan orang lain hendak lah terlebih dahulu kita juga bersedia untuk ditegur. Kita juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan yang dalam dan luas serta pengalaman-pengalaman yang boleh membantu kita membentuk jati diri yang mulia. Ini kerana, dengan cara hidup dan suasana kehidupan sekarang yang lebih 'terbuka' banyak memberikan cabaran dalam menegur mereka-mereka yang lalai.

 Manusia sekarang terlalu mudah dan senang terdedah dengan perkara atau maklumat yang tidah sahih, tidak berasas dan tidak berfakta. Dengan kekurangan ilmu dan mudah terpedaya, mereka akan menerima bulat-bulat satu-satu maklumat tanpa menilai dan mentafsir dulu akan kesahihannya.

 Sekiranya kita tidak mempunyai ilmu, kita juga akan sama-sama hanyut dan terpedaya dengan fitnah-fitnah yang sangat hebat dilakukan oleh mereka yang berkepentingan pada masa sekarang.

 Dalam institusi rumah tangga, sangat perlunya persefahaman antara suami dan isteri dalam kehidupan seharian. Ini kerana, tanpa persefahaman tentulah akan banyak masalah yang timbul dalam menetapkan keputusan ,hubungan yang akan membawa kepada tidak bahagianya sesebuah perhubungan rumah tangga. Sangat penting untuk setiap pasangan memenuhkan diri dengan ilmu kerana ia adalah panduan untuk membuat sebarang perkara dan keputusan dalam kehidupan seharian.

 Banyak kes-kes perceraian berpunca daripada tidak sefahaman dan tidak sehaluan. Suami dan isteri terlalu mementingkan diri dan tidak mahu bertolak ansur dengan pasangan mereka. Hubungan rumahtangga sepatutnya merupakan sebuah perhubungan yang indah dan istimewa kerana ia akan melibatkan hubungan sepanjang hayat. Tentulah setiap pasangan suami isteri menginginkan sebuah kehidupan yang bahagia dan menyeronokkan kerana ia akan mempengaruhi emosi dan kehidupan sepanjang hayat. Sebab itulah, sebelum menempuh alam rumah tangga seharusnya seharunya setiap pasangan mempelajari akan selok belok alam berumah tangga.

Sabtu, 13 September 2014

Super Impose Gambar Kereta

Kali ini aku nk tunjukkan beberapa gambar keta aku yang dah aku touch up guna aplikasi Photoshop. Setakat ni, nilah aplikasi yang paling best aku guna untuk buat keja2 editing gambar dan yg berkaitan dengan design.


Proton Iswara dan myvi ni merupakan keta member aku. Keta Iswara tu akan dicat seperti dalam gmbar di atas tak lame lagi.

Gambar 2

Perodua Alza sticker emily

Bom sticker kat Bumper

Kereta Aku

Selamat malam sabtu. Malam ni aku nk upload gambar kereta aku iaitu Perodua Kenari 1.0 GX tahun 2004. Kereta ni aku beli second pada tahun 2009. Kaler asal masa aku beli tu 'purple'. Lepas tu aku pun tukar lah kaler dia sebab senang sangat orang cam kereta aku kalo aku bawak jalan-jalan.

 Kat bawah ni aku serta kan hambar kereta aku lepas aku cat. Aku cat sendiri kereta ni. Ada model plak tu. Hehe..

(Gambar 1)


Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6
Haaa.....kat tulah gambar kereta aku. Biasa2 jer....modified pun ekot bajet. Kalo bajet aku besar aku target nak main JDM pulak. Sekarang ni pun aku dh start kumpul sikit.

  Cuba teka sapa model kt keta aku tu. Hehehe..

Rabu, 10 September 2014

Bulan Kemerdekaan

''......Kita memikirkan apakah yang patut kita beri kepada negara dan janganlah kita semata-semata memikirkan apa faedah kita patut dapat daripada kerjaan dan negara''.
  Itulah kata-kata mantan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga iaitu Tun Abdul Razak bin Dato Hussein.

Memang kita patut bersyukur lahir di dalam negara yang bertuah ini. Negara Malaysia terus memacu dari segi pembangunan negara yang meliputi berbagai aspek sejak dari merderka lagi. Kita sebagai rakyat seharus nya bertanggung jaawab dalam mengambil peranan dalam sama-sama merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.