Khamis, 23 Oktober 2014

Sentap....Sentak......

Tiga minggu lepas, sewaktu rehat untuk makan tenghari, aku duduk melepak diruang tamu pejabat sambil membaca surat khabar. Bos aku tiba-tiba keluar dari biliknya dan terus menegur aku lalu bertanya samada aku dah lunch atau belum. Akupun terus lah menyahut belum, dalam hatiku boleh la aku makan free tenghari ni kalau betul dia nak belanjer. Dia pun suruh tunggu kejap dan nak ajak aku sekali lunch dengan dia. Katanya, ada perkara lain jugak yang dia nak cakap dengan aku. Aku pun dah rasa tak sedap dalam hati, memang rasanya nya mesti dia nak sound aku ni. Tapi, aku kuatkan jugak semangat, apa yang dia nak cakap nanti aku kena dengar dan terima. Yelah, Seorang Pengarah nak bercakap secara privacy dengan anak buahnya. Kat tempat lain pulak tu, mesti dia tak nak orang lain tau pasal ni. Aku pun follow lah dia turun ke bawah pejabat dan naik kereta dia.

   Kedai yang kami nak makan ni dekat jer dengan opis. Kedai India Cuury House yang memang dah lama dan beroperasi dekat kawasan melayu ni. Time nak cari tempat duduk tu, terjumpa pulak dengan seorang sahabat tenaga penggerak lalu aku dan bos aku menegurnya.
 
  Selepas memesan makanan, bos aku terus memulakan bicaranya. Dia jenis yang tidak banyak mukadimmah dan terus jer direct to the point soalan yang ditanya kat aku. Soalan pertamanya dia tanya bagaimana perasaan aku setakat ini bekerja di BTN. Gulllpppp...!!! Ni memang soalan maut ker atau soalan cepumas yang dia bagi kat aku ni. Aku ni dah la orang lama kerja kat BTN dia yang baru masuk 4 bulan jadi Pengarah tu terus jer tanya soalan macam tu kat aku. Tanyala soalan soalan lain sikit. Tapi takpe, dah dia bos memang hak dia lah nak tanya soalan pasal prestasi anak anak buahnya. Aku jawab soalan dia tu dengan kata ya. Memang betul aku sangat seronok bekerja di BTN sebab ia dah ada dalam jiwa aku. Aku berasa puas hati dan memang pengalaman bekerja di BTN ni aku rasa takde kat mana-mana agensi kerajaan kt Malaysia ni. Walaupun aku tahu, status aku di sini hanyalah kontrak iaitu bila-bila masa sahaja boleh ditamatkan perkhidmatan tanpa sebab oleh pihak pengurusan tapi itu tidak memudarkan semangat dan keseronokan aku bekerja di BTN. Tapi, dalam dua tahun kebelakangan ini memang aku akui prestasi kerja aku merosot terutamanya dari segi sikap aku. Aku tidak bertanggungjawab terhadapa kerja, selalu datang lamat ke opis, tangguh kerja dan kadang-kadang kalau aku rasa malas nak ke opis , aku memang takkan turun tanpa inform dulu dengan orang kat pejabat. Perkara itu memang aku aku, dan aku menyedarinya ddan dalam pada masa yang sama memang aku hendak mengubah sikap negatif ini tapi mungkin masa nya belum tiba lagi.

  Bos aku tanya lagi, apakah faktor atau penyebab yang menjadikan aku bersikap begitu. Ini kerana sikap aku itu akan memberi kesan kepada rakan rakan sekerja aku yang lain kerana pekerjaan kami ini memerlukan kami untuk sentiasa bekerjasama dengan cekap di antara satu sama lain.

  Aku dah mula tunduk dan aku rasa muka aku dah merah padam bila dia mula mempersoalkan mengenai kedudukan aku atau status aku yang bukan tetap di mana aku perlu menunjukkan prestasi yang lebih tinggi untuk dinilai oleh ketua jabatan sekiranya aku terus mahu bekhidmat di situ. Dia mengatakan bahawa markah penilaian yang dinilai terhadap aku kurang dari 80% dan itu bermakna aku perlu memberikan justifikasi kenapa perkara itu berlaku dan mengapa aku perlu meneruskan perkhidmatan di jabatan ini. Dia memberikan kata dua kepada aku iaitu disebabkan tempoh untuk menilai prestasi tahunan akan berakhir 2 bulan lagi, dia menyuruh aku untuk mengambil alih tugas pentadbiran di mana pegawai yang menjaga pentadibiran akan bercuti bersalin untuk 3 bulan.
  Dalam pada masa itu, aku dikehendaki melaporkan setiap pergerakaan aku kepada ketua pegawai pentadbir pada setiap hari. Aku pun terus bersetuju dengan tawaran itu demi untuk membersihkan semula nama baik aku sebelum ini. Dalam hati aku, aku akan membuktikan kepada bos aku abahawa aku bukanlah lah seperti yang difikirkannya. Aku faham mengapa dia berpersepsi sedemikian terhadap aku kerana bos lama aku telah menceritakan segalah perangai negatif aku kepadanya. Jadi, aku tidak boleh untuk menyalahkan dia kerana menerima kata-kata bos lama aku itu tetapi sebaliknya aku mesti menjadikan ia sebagai cabaran untuk aku membuktikan bahawa aku adalah seorang pekerja yang cemerlang.

  Selepas dari kejadian itu, aku sentiasa untuk bermuhasabah diri dan mencari dimana kekurangan dan kesilapan yang telah aku lakukan. Aku akan cuba sedaya upaya untuk memperbetulkan semula kesilapan aku dan menggantikan kekurangan tugas-tugas yang telah aku tinggalkan sebelum ini dengan membuat tugas-tugas pentadbiran tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan