Kalau sebut pasal kupu kupu malam, yg pertama sekali terbayang kt kepala ialah wanita wanita berpakaian seksi berkeliaran ataupun berdiri di kaki lima kedai pada waktu malam. Kebiasaan nya terdapat di bandar bandar besar yang mempunyai pusat hiburan, bar,kasino dan hotel hotel murah. Kupu kupu malam ialah wanita yg menjadi pelacur kelas ketiga atau pun pelacur yg beroperasi di kawasan kawasan tumpuan orang orang lelaki yg kemaruk seks tp tidak mempunyai modal yg cukup untuk melanggan pelacur di hotel bertaraf 3 hingga 5 bintang.
Setelah lebih kurang 5 tahun selepas aku berumahtangga..malam tadi aku mengambil kesempatan untuk merayau2 di sekitar pusat hiburan di kuching yang terletak di Jalan Padungan. Pada satu ketika dulu, kawasan ini merupakan tempat feveret aku dan member untuk berhibur pada mlm minggu. Telah banyak perubahan yg aku perhatikan yang mana modus operandi pusat hiburan lebih terbuka dan pengunjung nya pula bersantai sehingga ke bahu jalan. Memang mengikuti perkembangan serta permintaan bagi remaja dan org dewasa yg inginkan hiburan terkini.
Yang lebih menarik perhatian aku ialah di bawah bangunan hotel hotel bajet murah yg berdekatan pusat hiburan tersebut, terdapat 2-3 orang wanita yg usia dlm lingkungan 30an bersantai atau berdiri seperti menunggu pelanggan lelaki2 kemaruk seks untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. Dengan melihat dari segi pakaian yg agak seksi dengan hanya mengenakan skirt pendek dan blouse singkat, sudah aku jangka yg mereka ini ialah pelacur atau ayam yg menawar kn khidmat seks. Dulu , tidak pula aku melihat ada perkhidmatan ini di kawasan itu. Yang aku tahu, ayam2 ini beroperasi di bawah kilang besi berhampiran yg mana kawasan itu gelap dan lebih tertutup. Mungkin, aku sahaja yg tidak tahu perkembangan semasa . Hahaha....yelah...cerita dah lama kan masa masih bujang dulu....kira aku anggap semakin advance penduduk di kawasan Kuching ini.
Setelah aku selesai berurusan dengan kawan aku yg menginap di hotel bajet tersebut, aku pun terus keluar dgn niat hendak balik. Baru saja keluar menuju ke arah kereta, terdengar bunyi suara perempuan memanggil aku. Rupanya, pelacur tadi yg masih menunggu pelanggan menegur aku. Aku pun tegur lah balik . Dia bertanya kepadaku samada mahu servis atau tidak. Aku pun pura pura lah tidak tahu servis apa yg dimaksudkan. Rupanya servis memuaskan nafsu. Aku hanya tersenyum sambil menolak secara sopan kerana tidak mahu terlibat dengan akitiviti yg tidak bermoral itu.
Aku pun ambil kesempatan untuk berbual bual dgn wanita itu. Di belakangnya pulak ada sorang lagi perempuan yg sebaya mcm dia jugak dudk di atas motosikal. Dia pn tanyalah buat apa kat sini. Aku jawab saje jer nak sedut angin malam kt area pasar ni. Dia pulak masih lagi mahu tawar menawar dgn aku untuk mendapatkan khidmat dari dia. Aku tetap menolak dengan cara yg lembut . Last2 dia pun mengalah dan berbual biasa sahaja dgn aku.
Aku pun terfikir lah, nak korek pasal diorang ni, berapa lama buat operasi kat situ, dgn sapa dan atas alasan apa. Adakah untuk suka suka sambil menambah duit poket dgn cara mudah, ataupun mmg terlibat dgn sindiket pelacuran. Dia pulak nampak mcm ramah dan tidak kisah untuk ditemu bual.
Dia pun cerita lah, dia org kawasan ni jugak. Duduk dgn keluarga ....ada anak....tekejut plak aku...tp aku tetap dgr lagi cita dia....dia kata, dia bukan suka suka nk buat keja ni....tapi disebabkan terpaksa dan atas desakan hidup, dia tiada pilihan lain untuk mendapat nafkah....melalui cara ini dia lebih mudah dan cepat dapat duit....hanya operasi dalam 5 hingga 7 jam semalam, boleh dapat sampai seribu semalam...banyak tu....kita bekerja berhempas pulas sebulan untuk dpt duit banyak tu tp diorang sekejap je kan.....
Diorang adalah org bumiputera Sarawak. Mungkin sebab kurang didikan agama, maka semudah itu mereka mendapat kan nafkah melalui kegiatan yg tidak bermaruah....
Sebenarnya, kita tidak boleh terus menjatuhkan hukuman ke atas mereka disebabkan cara mendapatkan rezeki melalui cara yg dipandang serong oleh masyarakat. Mereka juga manusia, jauh di sudut hati mereka tidak tergamak untuk menjual diri demi mendapatkan sesuap nasi. Tapi atas desakan hidup yang kita sendiri pun tidak tahu bagaimana keadaan hidup mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan