Khamis, 23 Oktober 2014

Sentap....Sentak......

Tiga minggu lepas, sewaktu rehat untuk makan tenghari, aku duduk melepak diruang tamu pejabat sambil membaca surat khabar. Bos aku tiba-tiba keluar dari biliknya dan terus menegur aku lalu bertanya samada aku dah lunch atau belum. Akupun terus lah menyahut belum, dalam hatiku boleh la aku makan free tenghari ni kalau betul dia nak belanjer. Dia pun suruh tunggu kejap dan nak ajak aku sekali lunch dengan dia. Katanya, ada perkara lain jugak yang dia nak cakap dengan aku. Aku pun dah rasa tak sedap dalam hati, memang rasanya nya mesti dia nak sound aku ni. Tapi, aku kuatkan jugak semangat, apa yang dia nak cakap nanti aku kena dengar dan terima. Yelah, Seorang Pengarah nak bercakap secara privacy dengan anak buahnya. Kat tempat lain pulak tu, mesti dia tak nak orang lain tau pasal ni. Aku pun follow lah dia turun ke bawah pejabat dan naik kereta dia.

   Kedai yang kami nak makan ni dekat jer dengan opis. Kedai India Cuury House yang memang dah lama dan beroperasi dekat kawasan melayu ni. Time nak cari tempat duduk tu, terjumpa pulak dengan seorang sahabat tenaga penggerak lalu aku dan bos aku menegurnya.
 
  Selepas memesan makanan, bos aku terus memulakan bicaranya. Dia jenis yang tidak banyak mukadimmah dan terus jer direct to the point soalan yang ditanya kat aku. Soalan pertamanya dia tanya bagaimana perasaan aku setakat ini bekerja di BTN. Gulllpppp...!!! Ni memang soalan maut ker atau soalan cepumas yang dia bagi kat aku ni. Aku ni dah la orang lama kerja kat BTN dia yang baru masuk 4 bulan jadi Pengarah tu terus jer tanya soalan macam tu kat aku. Tanyala soalan soalan lain sikit. Tapi takpe, dah dia bos memang hak dia lah nak tanya soalan pasal prestasi anak anak buahnya. Aku jawab soalan dia tu dengan kata ya. Memang betul aku sangat seronok bekerja di BTN sebab ia dah ada dalam jiwa aku. Aku berasa puas hati dan memang pengalaman bekerja di BTN ni aku rasa takde kat mana-mana agensi kerajaan kt Malaysia ni. Walaupun aku tahu, status aku di sini hanyalah kontrak iaitu bila-bila masa sahaja boleh ditamatkan perkhidmatan tanpa sebab oleh pihak pengurusan tapi itu tidak memudarkan semangat dan keseronokan aku bekerja di BTN. Tapi, dalam dua tahun kebelakangan ini memang aku akui prestasi kerja aku merosot terutamanya dari segi sikap aku. Aku tidak bertanggungjawab terhadapa kerja, selalu datang lamat ke opis, tangguh kerja dan kadang-kadang kalau aku rasa malas nak ke opis , aku memang takkan turun tanpa inform dulu dengan orang kat pejabat. Perkara itu memang aku aku, dan aku menyedarinya ddan dalam pada masa yang sama memang aku hendak mengubah sikap negatif ini tapi mungkin masa nya belum tiba lagi.

  Bos aku tanya lagi, apakah faktor atau penyebab yang menjadikan aku bersikap begitu. Ini kerana sikap aku itu akan memberi kesan kepada rakan rakan sekerja aku yang lain kerana pekerjaan kami ini memerlukan kami untuk sentiasa bekerjasama dengan cekap di antara satu sama lain.

  Aku dah mula tunduk dan aku rasa muka aku dah merah padam bila dia mula mempersoalkan mengenai kedudukan aku atau status aku yang bukan tetap di mana aku perlu menunjukkan prestasi yang lebih tinggi untuk dinilai oleh ketua jabatan sekiranya aku terus mahu bekhidmat di situ. Dia mengatakan bahawa markah penilaian yang dinilai terhadap aku kurang dari 80% dan itu bermakna aku perlu memberikan justifikasi kenapa perkara itu berlaku dan mengapa aku perlu meneruskan perkhidmatan di jabatan ini. Dia memberikan kata dua kepada aku iaitu disebabkan tempoh untuk menilai prestasi tahunan akan berakhir 2 bulan lagi, dia menyuruh aku untuk mengambil alih tugas pentadbiran di mana pegawai yang menjaga pentadibiran akan bercuti bersalin untuk 3 bulan.
  Dalam pada masa itu, aku dikehendaki melaporkan setiap pergerakaan aku kepada ketua pegawai pentadbir pada setiap hari. Aku pun terus bersetuju dengan tawaran itu demi untuk membersihkan semula nama baik aku sebelum ini. Dalam hati aku, aku akan membuktikan kepada bos aku abahawa aku bukanlah lah seperti yang difikirkannya. Aku faham mengapa dia berpersepsi sedemikian terhadap aku kerana bos lama aku telah menceritakan segalah perangai negatif aku kepadanya. Jadi, aku tidak boleh untuk menyalahkan dia kerana menerima kata-kata bos lama aku itu tetapi sebaliknya aku mesti menjadikan ia sebagai cabaran untuk aku membuktikan bahawa aku adalah seorang pekerja yang cemerlang.

  Selepas dari kejadian itu, aku sentiasa untuk bermuhasabah diri dan mencari dimana kekurangan dan kesilapan yang telah aku lakukan. Aku akan cuba sedaya upaya untuk memperbetulkan semula kesilapan aku dan menggantikan kekurangan tugas-tugas yang telah aku tinggalkan sebelum ini dengan membuat tugas-tugas pentadbiran tidak lama lagi.

Selasa, 7 Oktober 2014

Hari Raya Qurban

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
[sunting] Hari Raya Aidiladha dalam hadis

* Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

* Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

* Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

* Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.[2]

Sumber : Wikipedia

Jumaat, 3 Oktober 2014

Seksi teknik Photoshop

Kali ni aku nk entry lain pulak dalam blog aku ni. Aku nk upload gambar awek awek yg cantik dan seksi. Aku amat meminati bidang seni. Bukan lah semestinya aku ni seorang yg sex maniac jauh sekali lelaki yg kenjar atau pun mata keranjang, tetapi lebih sebagai hobi. Gambar gambar ni pulak nanti akan aku touch up atau edit guna aplikasi photoshop bagi menjadikan gambar itu kelihatan lebih menarik seperti diambil oleh seorang jurugambar profesional. So, aku tak perlu nk cari model atau buat apoinment nk photoshoot yg semestinya akan keluar belanja jugak. Dengan menggunakan teknik photoshop pun boleh jadikan satu satu gambar tu kelihatan sangat menarik.


Disebabkan poblem nk upoad gmbar (line slow) aku akan cite sikit secara teori bagaimana nk edit gambar guna photoshop dengan beberapa langkah yg mudah. Bukan semua orang boleh menguasai aplikasi photoshop kerana memerlukan kemahiran menguasai setiap control panel. Ia memerlukan latihan yang berterusan dan mestilah kreatif dalam mencari idea bg menghasilkan gambar yg menarik.

  Gambar yg nak diedit tu mestilah dalam resolusi yg tinggi. Ini bagi mendapatkan imej yg sangat jelas , terang dan tidak kabur. Kalau dapat amik gambar gunad kamera SLR lagi lah paling sesuai. Kalau nk download dari internet pun pastikan gambar itu beresolusi sekurang kurang 1000 pixel.

  Perisian photoshop terdapat dalam pelbagai versi. Versi yg telah dikeluarkan ialah Ps cs1 dan yang paling latest ps cs6. Laptop pn
 kenalah power jugak bagi mengelakkan timbul masalah lagging ketika mengedit gambar. Sekurang kurangnya laptop mst mempunyai hard disk yg besar, ram 2g, serta grafik kad yg menyokong 3d.

 Nk dapatkan software pulak ada dijual d kedai kedai game kebiasaannya. Software kt kedai game ni memangla yg pirates dan murah. Kt Malaysia ni kalau guna software pirate untuk kegunaan sendiri lebih selamat kalau dikesan menggunakan perisian cetak rompak oleh pihak SKMM. Lagi pun ia murah berbanding yg ori yg harga nya dalam ratusan ringgit.

  Okey lah, aku just explain detail dan dlm sambungan seterusnya aku akan upload gambar hasil edit menggunakan aplikasi photoshop.

Khamis, 2 Oktober 2014

Negara Islam (Islamic State)

  Di Iraq satu gerakan Sunni sedang melanggar dan menawan sebahagian yang tidak kecil dari negara itu. Kita membaca berita bahawa pasukan ini berjaya merampas wilayah ini dengan menewas tentera Iraq.
  Pasukan IS ini adalah begitu ganas sehingga sanggup menembak mati askar Iraq yang beragama Islam yang ditawan. Kita dapat lihat dalam media alternatif bagaimana tawanan mereka dipaksa duduk sederet dan satu demi satu ditembak dari belakang dan jatuh tersungkur.
    Video yang dibuat oleh IS sendiri juga menunjuk seorang pemberita Amerika dipancung oleh seorang askar IS yang bertopeng yang dikatakan bercakap Inggeris loghat Timur London. Tuduhan dibuat yang pembunuh ini terdiri dari orang Islam rakyat Britain.
   Sekarang kita dapat laporan akhbar bahawa ramai rakyat Malaysia yang sudah ke Syria untuk menyokong pemberontak bagi menjatuhkan Bashar Asaad, Presiden Syria yang menganuti fahaman Islam Syiah (Alawait).
   Dari Filipina, Indonesia bahkan dari Singapura juga ada orang Islam yang menyertai pemberontak di Syria dan ada yang mungkin terlibat dengan askar Sunni IS.
   Mengikut laporan TV jumlah tentera IS sudah meningkat lebih dari 30,000. Tiap hari ramai dari pemuda Islam di Eropah dan negara-negara Asia yang meninggalkan negara mereka untuk menyertai IS.
   Semua ini berlaku di Timur Tengah, jauh dari negara kita. Apakah kita selamat?
  Tak lama dahulu sepasukan pengganas Filipina telah menceroboh Sabah dan berperang dengan askar Malaysia. Kita berjaya mematahkan serangan mereka. Tetapi kemudian berlaku penculikan dan peras ugut beberapa kali. Hingga kini masih ada yang tidak dapat ditebus.
  Apakah tidak mungkin sekumpulan dari pemberontak negara jiran membuat serangan untuk mendiri “negara Islam” mereka di Malaysia? Seruan untuk mendiri “negara Islam” amat menarik bagi pemuda Islam di mana-mana sahaja kerana mereka keciwa tidak ada Kerajaan atau negara Islam yang sanggup menyelamat Islam, orang Islam dan negara Islam.
   Ingatlah anggota IS yang bermazhab Sunni bukan sahaja membunuh tawanan Syiah, tetapi juga Sunni yang dianggap oleh mereka kurang Islam atau tidak Islam kerana tidak mengikuti fahaman mereka.
   Di Malaysia sudah pun ada orang yang mendakwa kononnya sesetengah orang Islam di negara ini tidak cukup Islam bahkan kafir. Ramai juga dari kumpulan ini sudah ke Syria dan mungkin Iraq untuk berjuang bagi mendiri “negara Islam” dengan membunuh orang Islam lain. Jika terlintas dalam fikiran mereka untuk menjadikan Malaysia sebahagian dari “Islamic State”, apakah tidak mungkin mereka menyertai serangan dari luar yang melaungkan jihad untuk mendiri “negara Islam” di Malaysia.
   Ingatlah serangan keatas Sabah sudah pun berlaku. Di Semenanjung ada gerakan Al Maunah.
  Tidaklah begitu sukar bagi mereka bertindak ganas lagi jika ada seruan untuk mendiri negara Islam acuan mereka di negara ini.
   Kerajaan sehingga kini tidak memandang serius terhadap serangan di Kota Belud. Penculikan masih berlaku. Sekarang pula ada tuntutan untuk pemisahan Sabah. Jika seruan pemisahan ini disamakan dengan perjuangan untuk mendiri Islamic State ramai juga anak muda yang akan terpengaruh.
  Gerakan untuk mendiri negara Islam dan membaiah kepada seorang yang mendakwa dirinya sebagai khalifah pun sudah berlaku.
  Jika Ashaari, Ayah Pin dan Tuhan Harun berjaya mendapat sokongan sesiapa yang menyeru untuk mendiri negara Islam tentu lebih mudah mendapat pengikut.
  Tetapi Kerajaan Malaysia ternampak masih belum sedar. Tidak ada tindakan secara serius yang dibuat. ISA sudah tidak ada.
   Ingatlah! Tidak siapa menjangka pengganas akan serang Sabah. Tetapi serangan ini sudah pun berlaku.

Bengkel KIK

Balik je dari Pangkor pada 2 hari lepas, aku tak sempat nk berehat sebab kena setelkan satu lagi program forum kat uitm. Alhamdulillah, petang tadi selesai program kat Uitm. Perjlanan pogram berjaya seperti yg dirancang. Jadi, ade jugakla peluang nk update blog aku ni.
 Minggu lepas aku terpilih untuk menyertai bengkel Kumpulan Innovatif Kreatif ataupun kata popularnya (KIK) yg diadakan di Coral Bay resort Pangkor Perak. Bengkel tu selama 4 hari, mula hari Jumaat habis pd hari Isnin. Kena pada hujung minggu la bengkel ni. Tempat tu pulak memang 1st time la aku pegi. Kiranya melancong sambil berkursus la.
 KIK ni memang selalu la aku dengar sebelum ni. Tapi kali ni aku bertuah sebab terpilih sebagai wakil negeri bagi mempelajari dengan lebih lanjut mengenai KIK.
  Selesai taklimat pada malam hari pertama, kami dibahagikan kepada kumpulan kecil yg mana ahlinya mewakili 4 zon seluruh Malaysia. Aku termasuk dalam zon Borneo yg mana ahlinya ada lah kaki tangan BTN negeri dan kem Sabah dan Sarawak. Bengkel ni dikendalikan oleh seorang Consultant dari pihak yang terlibat sepenuhnya dalam pembangunan KIK di Malaysia.
  KIK ialah kumpulan kreatif dan innovatif. Ia bermaksud, kumpulan yang memikirkan cara dan pelaksanaan untuk menyelesaikan masalah di tempat kerja berpandukan kaedah yg kreatif serta berinovasi. Masalah yang dipilih untuk dibuat projek mestilah masalah yg melibatkan kedua dua belah pihak iaitu pihak yg memberi servis dan pihak yg menggunakan servis. Penyelesaian masalah menggunakan kaedah berinovasi adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf perkhidmatan dan pada masa yg sama mengurangkan banyak beban dan kos yg melibatkan masa, tenaga dan wang ringgit.
 Setiap ahli dalam kumpulan mestilah mengeluarkan idea serta cadangan dan semua idea dan cadangan ini akan diterima dan diambil kira oleh kumpulan. Kemudian, idea2 serta cadangan tadi akan dipilih berdasarkan beberapa kritea yang telah ditetapkan. Mengambil kira dari pelbagai sudut, maka satu keputusan akan dibuat untuk memilih satu daripada pelbagai masalah untuk dijadikan projek KIK.
  Dalam tempoh 4 hari bengkel tersebut, banyak pendedahan yg diberi oleh konsultan mengenai panduan melaksanakan projek KIK. Banyak ilmu baru yg aku perolehi dan akan aku aplikasi di tempat kerja aku. Secara keseluruhannya memang aku telah faham secara ASASnya mengenai KIK dan selepas ini akan ada siri kedua yg bertujuan untuk membuat latihan dan praktikal berdasarkan input yg diperolehi dalam siri pertama KIK ini.
 Semua organisasi pada masa sekarang telah melaksanakan KIK bagi tujuan mendapatkan kualiti produk yg lebih baik tanpa pertambahan dari segi kos pembuatan.
 

Rabu, 1 Oktober 2014

Minyak Naik Lagi

Pada lebih kurang jam 9 malam 1 Oktober 2014 , kecoh di dalam laman sosial mengenai harga minyak petrol dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen. Minyak petrol Ron95 yg sebelum ini rm2.30 seliter akan menjadi rm2.50 seliter pada keesokkan harinya. Tentunya pengunguman daripada Kementerian Dalam Negeri mengejutkan seluruh rakyat Malaysia yg pada ketika itu rata rata nya sedang bersantai bersama keluarga selepas menikmati makan malam. 
  Maka selepas itu berduyun duyunlah pemilik kenderaan menuju ke stesen minyak berhampiran kerana hendak berebutkan harga minyak terakhir sebelum harga baru berkuatkuasa selepas tengah malam.
  Semua orang tidak mahu perkara seperti ini terjadi kerana ia pasti akan menimbulkan banyak masalah masalah yg lain seperti kenaikkan harga makan asas, bahan mentah serta perkhidmatan awam atau pengangkutan. Dalam situasi kehidupan sekarang, kos sara hidup yang mendadak naik merupakan satu igauan ngeri kepada semua orang. Bagi yang berpendapatan rendah, sememangnya amat terkesan dan merasai kesan kenaikkan harga minyak.
  Seperti biasa, di dalam laman sosial muncul lah pejuang alam maya yg menghentam kerajaan, komen komen yg menyindir kerajaan dan bermacam macam lagi ragam pengguna dalam laman sosial. 
  Dalam pada kita hendak menuju ke arah Negara Maju menjelang tahun 2010, seharusnya pemikiran atau mentaliti kita berada di minda kelas pertama. Kita janganlah menyalahkan pihak kerajaan di atas apa yg berlaku sebaliknya mengkaji mengapa kerajaan terpaksa bertindak demikian. Keraajaan Malaysia pastinya telah memikirkan dari pelbagai aspek sebelum memutuskan kenaikkan harga ini. Pastinya, ia lebih kepada memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat tanpa kita sedari.
  Sebenarnya, kerajaan bukanlah menaikkan harga minya tetapi mengurangkan subsidi sebanyak 20 sen ke atas setiap liter minyak
 Jumlah subsidi itu mungkin akan digunakan ke atas perkara lain yg semestinya ia adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat.
  Jika diperhatikan, banyak pihak yg tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan di atas pemberian subsidi minyak kepada rakyat. Mereka sebaliknya menjual semula minyak subsidi kepada orang orang luar. Perkara ini sangat lah merugikan negara dan rakyat. Jadi, mungkian atas sebab itu, kerajaan terpaksa mengurang subsidi minyak untuk digunakan ke atas perkara lain.
  Antara langkah yang akan diambil untuk dilaksanakan selepas ini supaya subsidi minyak hanya akan sampai kepada sasaran sepatutnya ialah dengan menggunakan sistem pengenalan diri oleh pengguna yang hendak membeli m
Minyak. Ini untuk membolehkan minyak subsidi dinikmati oleh mereka yg benar benar layak sahaja. Jadi, tidak berlaku lagi lah orang orang kelas atasan yang sama sama menikmati subsidi kerajaan kerana mereka lebih berkemampuan dari itu.
 Subsidi yang ditarik itu juga mungkin digunakan untuk menambah baik keperluan asas, menjamin harga dan kualiti bahan bahan mentah yg lain atau digunakan dalam bidang perkhidmatan kepada rakyat.
  Jadi, ingatlah bahawa selama ini telah berbagai bagai subsidi yg telah kita gunakan semenjak dari kita lahir sehinggalah saat ini. Sudah tibalah masa nya kita mengubah pemikiran kita dengan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan semata mata sebaliknya mengggunakan keistimewaan dan perkhidmatan yang telah disediakan kerajaan untuk mengubah taraf hidup kita sendiri.
  Dengan cara itu secara tidak langsung negara lain akan lebih respect kepada kita. Barulah kita boleh berdiri sama tinggi dengan negara negara yang telah maju di dunia ini.
  Kita juga hendaklah mengambil peranan dalam sama sama mengekalkan keamanan dan keharmonia negara kita. Dengan penduduk yg berbilang kaum ia adalah kunci pertama diatas pembangunan negara kita.
  Kesusahan kita hari ini sebenarnya adalah untuk kesenangan generasi yg akan datang. 

Kupu Kupu Malam

Kalau sebut pasal kupu kupu malam, yg pertama sekali terbayang kt kepala ialah wanita wanita berpakaian seksi berkeliaran ataupun berdiri di kaki lima kedai pada waktu malam. Kebiasaan nya terdapat di bandar bandar besar yang mempunyai pusat hiburan, bar,kasino dan hotel hotel murah. Kupu kupu malam ialah wanita yg menjadi pelacur kelas ketiga atau pun pelacur yg beroperasi di kawasan kawasan tumpuan orang orang lelaki yg kemaruk seks tp tidak mempunyai modal yg cukup untuk melanggan pelacur di hotel bertaraf 3  hingga 5 bintang.

Setelah lebih kurang 5 tahun selepas aku berumahtangga..malam tadi aku mengambil kesempatan untuk merayau2 di sekitar pusat hiburan di kuching yang terletak di Jalan Padungan. Pada satu ketika dulu, kawasan ini merupakan tempat feveret aku dan member untuk berhibur pada mlm minggu. Telah banyak perubahan yg aku perhatikan yang mana modus operandi pusat hiburan lebih terbuka dan pengunjung nya pula bersantai sehingga ke bahu jalan. Memang mengikuti perkembangan serta permintaan bagi remaja dan org dewasa yg inginkan hiburan terkini.

  Yang lebih menarik perhatian aku ialah di bawah bangunan hotel hotel bajet murah yg berdekatan pusat hiburan tersebut, terdapat 2-3 orang wanita yg usia dlm lingkungan 30an bersantai atau berdiri seperti menunggu pelanggan lelaki2 kemaruk seks untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. Dengan melihat dari segi pakaian yg agak seksi dengan hanya mengenakan skirt pendek dan blouse singkat, sudah aku jangka yg mereka ini ialah pelacur atau ayam yg menawar kn khidmat seks. Dulu , tidak pula aku melihat ada perkhidmatan ini di kawasan itu. Yang aku tahu, ayam2 ini beroperasi di bawah kilang besi berhampiran yg mana kawasan itu gelap dan lebih tertutup. Mungkin, aku sahaja yg tidak tahu perkembangan semasa . Hahaha....yelah...cerita dah lama kan masa masih bujang dulu....kira aku anggap semakin advance penduduk di kawasan Kuching ini.

  Setelah aku selesai berurusan dengan kawan aku yg menginap di hotel bajet tersebut, aku pun terus keluar dgn niat hendak balik. Baru saja keluar menuju ke arah kereta, terdengar bunyi suara perempuan memanggil aku. Rupanya, pelacur tadi yg masih menunggu pelanggan menegur aku. Aku pun tegur lah balik . Dia bertanya kepadaku samada mahu servis atau tidak. Aku pun pura pura lah tidak tahu servis apa yg dimaksudkan. Rupanya servis memuaskan nafsu. Aku hanya tersenyum sambil menolak secara sopan kerana tidak mahu terlibat dengan akitiviti yg tidak bermoral itu.

 Aku pun ambil kesempatan untuk berbual bual dgn wanita itu. Di belakangnya pulak ada sorang lagi perempuan yg sebaya mcm dia jugak dudk di atas motosikal. Dia pn tanyalah buat apa kat sini. Aku jawab saje jer nak sedut angin malam kt area pasar ni. Dia pulak masih lagi mahu tawar menawar dgn aku untuk mendapatkan khidmat dari dia. Aku tetap menolak dengan cara yg lembut . Last2 dia pun mengalah dan berbual biasa sahaja dgn aku.

  Aku pun terfikir lah, nak korek pasal diorang ni, berapa lama buat operasi kat situ, dgn sapa dan atas alasan apa. Adakah untuk suka suka sambil menambah duit poket dgn cara mudah, ataupun mmg terlibat dgn sindiket pelacuran. Dia pulak nampak mcm ramah dan tidak kisah untuk ditemu bual.

  Dia pun cerita lah, dia org kawasan ni jugak. Duduk dgn keluarga ....ada anak....tekejut plak aku...tp aku tetap dgr lagi cita dia....dia kata, dia bukan suka suka nk buat keja ni....tapi disebabkan terpaksa dan atas desakan hidup, dia tiada pilihan lain untuk mendapat nafkah....melalui cara ini dia lebih mudah dan cepat dapat duit....hanya operasi dalam 5 hingga 7 jam semalam, boleh dapat sampai seribu semalam...banyak tu....kita bekerja berhempas pulas sebulan untuk dpt duit banyak tu tp diorang sekejap je kan.....
  Diorang adalah org bumiputera Sarawak. Mungkin sebab kurang didikan agama, maka semudah itu mereka mendapat kan nafkah melalui kegiatan yg tidak bermaruah....
 Sebenarnya, kita tidak boleh terus menjatuhkan hukuman ke atas mereka disebabkan cara mendapatkan rezeki melalui cara yg dipandang serong oleh masyarakat. Mereka juga manusia, jauh di sudut hati mereka tidak tergamak untuk menjual diri demi mendapatkan sesuap nasi. Tapi atas desakan hidup yang kita sendiri pun tidak tahu bagaimana keadaan hidup mereka.

Islam Sebenar.....relevankah lagi...

Umat Islam sekarang sudah sampai ke peringkat cemas dan bahaya. Bahayanya bukan hanya kepada diri mereka tetapi kepada agama mereka. Ini adalah oleh kerana agama Islam sudah di hijack oleh pihak tertentu yang mengganti ajaran Islam sebenar dengan ajaran yang bertentangan dengan Islam. Apabila ajaran ini dikembangkan oleh pemimpin-pemimpin yang berkepentingan, ulama dan umarak enggan membantah, bahkan ada yang agak tertarik dengan ajaran-ajaran ini. Dengan sikap ini agama Islam akan menjadi lain daripada Islam yang diwahyukan kepada Nabi oleh Allah s.w.t.
2. Demikian, walaupun Al Quran dengan jelasnya melarang orang Islam membunuh, terutamanya membunuh orang yang seagama dengan mereka, tetapi kita lihat ramai orang Islam yang percaya dan sanggup secara sukarela menyertai gerakan membunuh sesama Islam sebagai jihad. Dan ramailah orang Islam yang telah dibunuh oleh orang Islam berbanding dengan yang dibunuh oleh Yahudi. Sesungguhnya mereka mengkhianati Islam dan memihak kepada Zionis.
3. Dari Malaysia juga sudah ada sukarelawan yang pergi ke Syria kerana ingin berperang, iaitu membunuh orang Islam lain. Mereka menghalalkan perbuatan mereka dengan mendakwa bahawa yang hendak dibunuh ialah orang Islam yang menganuti fahaman Syiah. Mereka berpendapat puak Syiah tidak Islam.
4. Kita tahu dalam acara pengislaman, yang diwajibkan ialah lafaz dua kalimah syahadah, iaitu “La illaha illallah Muhammadurasullallah”. Hanya dengan lafaz ini mencukupi untuk seseorang menjadi orang Islam.
5. Mereka yang dianggap bukan Islam ini bukan sahaja mengucap dua kalimah syahadah, tetapi mereka menerima dan membaca Al Quran yang sama, bersolat dengan menyebut nama Allah dan Rasulnya, menolak yang haram serta menerima yang halal, dan tidak menyekutu Allah atau menyembah berhala. Kafirkah mereka?
6. Islam mengutamakan keadilan. Untuk melaku adil pihak yang dituduh kafir perlu diberi peluang, jika tidak dibicara dengan tertib, sekurang-kurangnya untuk membela diri, untuk menentukan amalan dan kepercayaan mereka bertentangan dengan Islam atau tidak.
7. Tetapi tanpa diperiksa dan ditentukan kafir atau tidak mereka yang ditawan dibunuh dengan kejam.
8. Orang Syiah juga bersalah apabila membunuh orang Sunni tanpa diadili.
9. Hari ini ramai juga orang Islam Malaysia yang telah pergi ke Syria yang percaya mereka berjihad. Berjihadkah mereka apabila mereka melakukan kerja Yahudi dan Amerika?
10. Sekarang terdapat sekumpulan orang Sunni yang sedang berperang menawan wilayah Iraq dan Syria kononnya untuk mendiri negara Islam pimpinan Khalifah. Mereka ini melakukan tindakan ganas dengan menembak mati askar tawanan mereka dan juga untuk pancung leher seorang tawanan mereka rakyat Amerika. Kononnya mereka berjihad untuk Islam, untuk mendiri sebuah negara Islam yang diketuai oleh Khalifah. Sebenarnya apa yang dilakukan oleh mereka ialah melemahkan orang Islam supaya lebih mudah dikuasai oleh Yahudi dan Amerika.
11. Ulama dan umarak Islam di negara ini tidak dengan tegas menyatakan pendirian mereka, samada percaya tindakan ganas yang dilakukan oleh kumpulan ini adalah sebahagian dari ajaran Islam atau tidak. Ada yang dipercayai merestukan sukarelawan Malaysia pergi membunuh orang Islam yang dikatakan tidak Islam. Ada yang percaya mereka ini berjihad bila membunuh orang yang tidak sama tafsiran dan kepercayaan Islam dengan mereka walaupun orang ini menyembah Tuhan yang sama dan mengucap akan Allah yang satu dan Muhammad adalah RasulNya. Tidak ada usaha mengkaji dan membahas tuduhan kafir orang ini walaupun tuduhan ini amat berat. Tidak ada fatwa yang dibuat oleh ulama yang tidak beragenda atau berkepentingan, yang pegang hanya kepada Al Quran dan hadis yang sahih.
12. Jika fahaman seperti ini merebak di negara ini maka perpecahan di kalangan orang Islam akan jadi lebih luas daripada sekarang. Ia mungkin sampai tahap bermusuh dan bertindak ganas. Janganlah kita fikir ini tidak akan berlaku di negara bertuah ini. Ingatlah disatu masa dahulu ada diantara kita mengkafir sesama kita dan berlatih untuk mengguna senjata yang dicuri. Alhamdullilah mereka gagal. Jika kumpulan mereka ini lebih besar dan menunjuk sedikit kejayaan, akan ada yang lain yang akan menyertai puak ini.
13. Seruan berjihad mempunyai daya penarik yang amat kuat. Dalam keadaan ramai orang Islam yang cetek pengetahuan Islam, seruan ini mudah diterima. Mereka ini mudah percaya mereka mati syahid bila dibunuh.
14. Sebenarnya orang Islam yang berperang dengan orang Islam dan membunuh mereka, perbuatan mereka ini bertentangan dengan ajaran Islam bahawa orang Islam itu bersaudara. Bukankah Allah s.w.t telah berfirman dalam Al Quran bahawa jika orang Islam bermusuh dengan orang Islam, pihak lain hendaklah merelaikan mereka.
15. Samada Sunni atau Syiah, dalam pandangan orang Yahudi dan Eropah mereka semua Islam dan musuh mereka. Mereka gemar melihat kerja mereka membunuh orang Islam dipermudahkan oleh orang Islam sendiri.
16. Akan ke syurgakah orang yang ghairah membuat kerja Yahudi. Tanyalah ulama dan umarak di negara ini. Berilah kata putus kerana dalam kekecewaan dan kemarahan anak muda Islam kerana negara-negara Islam tidak bertindak menyelamatkan Islam, amat mudah mereka menyahut seruan yang boleh membawa mereka ke neraka dan tidak ke syurga.
17. Selamatkanlah agama suci Islam daripada mereka yang cuba mengubah ajarannya daripada yang mulia kepada yang hina.