Motosikal adalah sejenis kenderaan beroda dua yang berenjin serta boleh dilesenkan untuk digunakan di atas jalan raya. Sebuah motosikal berupaya membawa seorang penunggang serta seorang pembonceng. Motosikal lazimnya digerakkan oleh enjin petrol kecil sama ada 2 lejang atau 4 lejang dengan kapasiti enjin antara 50 cc sehingga sebesar 2000 cc. Kebanyakan motosikal mempunyai tangki minyak berbentuk air mata di bahagian atas hadapan motosikal antara bar pemegang dan tempat duduk penunggang, tetapi motosikal jenis skuter dan kapcai pula mempunyai tangki minyak di bawah tempat duduk. Motosikal adalah satu bentuk pengangkutan yang tetap diminati oleh sebahagian pengguna jalan raya kerana menjimatkan bahan api, murah, mudah dimiliki serta penunggang boleh mencelah ketika jalan raya sesak.
Yamaha atau nama penuhnya Yamaha Motor Company, sebuah syarikat gergasi Jepun yang diasaskan pada tahun 1955 merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan motosikal yang sangat terkenal diseluruh dunia. Berbagai evolusi telah dilakukan oleh syarikat ini dalam memastikan motosikal keluaran mereka menepati citarasa pengguna dari dulu hingga kini.
Antara jenis jenis motosikal yang telah dikeluarkan ialah skuter. Ia merupakan motosikal bertransmisi automatik dimana pengguna tidak perlu untuk menukar gear bagi menggerakkan nya. Skuter merupakan sebuah motosikal yang amat mudah dan selesa untuk dikendalikan lebih lebih lagi di kawasan bandar bandar besar yang mana jumlah kenderaan yang banyak di atas jalan raya merupakan cabaran utama bagi penunggang motosikal.
Skuter NVX merupakan sebuah skuter yang dikeluarkan oleh Yamaha bermula pada tahun 2017. Ia mem