Sabtu, 5 Disember 2020

Siapa yang selamatkan Malaysia

SIAPA YG "SELAMATKAN MALAYSIA?"

Sesungguhnya ketika PM4 letak jawatan dn diambil alih olih Pak Lah, rizab negara tinggal sedikit tetapi hutang pula banyak.

Pak Lah x dpt laksanakan apa2 pembaharuan dn pembangunan ekoran kekangan kewangan yg teruk maka PM5 telah membatalkan projek2 yg diistilahkan sebagai "bangkai bernyawa" seperti jambatan bengkok yg hendak dibina Madey dgn niat memutuskan saluran bekalan air ke Singapura yg melalui tambak Johor, dn juga melepaskan jenama motosikal yg dibeli Madey dgn kos hampir RM66juta dgn harga RM1.

Keadaan mmg runcing hingga xda duit untuk gantikan lampu malap di jalan raya dn lebuh raya persekutuan serta mengorek longkang2 di sekitar Kuala Lumpur bagi mengelakan banjir kilat.

Sahabat ku pernah ketemu Pak Lah untuk mohon projek dn diberitahu begini ... "Projek memang xda tapi kalau awak buat projek sendiri, saya akan sokong".

Mmg ketara sungguh waktu Pak Lah itu dn ketika itu, aku masih bertugas di New Straits Times dn ku fikir sejenak "Malaysia dah dihujung kemuflisan ... Mcmana nak "Selamatkan Malaysia?".

Dn bila Pak Lah serahkan kuasa pd DSN, ku tertanya2 bagaimana anak sulong allahyarham Tun Razak dapat membalas jasa penyokong2nya jika dah xda apa2 projek yg dpt dilaksanakan dgn hanya RM36b dlm rizab negara?

Tetapi aku x jangka bahwa DSN sememangnya bijak dn pakar dlm ekonomi x seperti aku yg hanya belajar ilmu ekonomi setakat tingkatan 6 ... 🤭🤭😝

Dgn bermodalkan RM36b itulah, DSN mendirikan 1MDB dn mengajak pelabur2 tempatan berusahasama dlm membangunkan TRX, Iskandar Puteri waterfront dn lain2 projek tempatan.

DSN menggunakan persahabatan yg dijalinkan olih arwah bapanya PM2, dgn Republik China untuk membeli komoditi mentah minyak sawit dn getah yg berlonggokan dipelabuhan Kelang dn di ladang2 dn estat2 orang Melayu di seluruh semenanjung bagi membiayai pembinaan MRT, LRT dn sistem rangkaian perhubungan jalanraya di Kuala Lumpur dn tempat2 lain.

Kos lebihan dari projek2 ini pula dijamin pembayaran balik dgn anggaran hasil masa depan minyak sawit dan getah (barter trading).

Disamping itu, DSN merantau jauh ke negara2 Timur Tengah dn Jazilah Arab untuk membawa pulang pelaburan beratus2 bilion ke dalam negara.

Dan x lupa pula pd rakyat berbilang kaum, DSN menstrukturkan kembali taraf sosio-ekonomi rakyat dgn membina klinik2 1 Malaysia, kedai2 1 Malaysia dn juga memperkenalkan skim2 bantuan untuk rakyat sejumlah 33 juta dgn pendapatan RM40bilion setahun dari kutipan GST.

Semua ini dimulakan dgn modal RM36b hingga rizab negara ditambah RM1.7trilion menjadikan jumlah rizab negara sebanyak RM2.1 trilion yg kini sedang digunapakai olih seterunya PM8 untuk membantu rakyat di pasca Covid19 ini.

Maka ingin ku tanya saudara2 dn rakyat sekalian ... Siapakah yg sebenarnya telah "Selamatkan Malaysia?".

Aku mohon menjelaskan ....

Ahmad Suffian
Kuala Lumpur.

Khamis, 27 Ogos 2020

YAMAHA NVX 155

        Motosikal adalah sejenis kenderaan beroda dua yang berenjin serta boleh dilesenkan untuk digunakan di atas jalan raya. Sebuah motosikal berupaya membawa seorang penunggang serta seorang pembonceng. Motosikal lazimnya digerakkan oleh enjin petrol kecil sama ada 2 lejang atau 4 lejang dengan kapasiti enjin antara 50 cc sehingga sebesar 2000 cc. Kebanyakan motosikal mempunyai tangki minyak berbentuk air mata di bahagian atas hadapan motosikal antara bar pemegang dan tempat duduk penunggang, tetapi motosikal jenis skuter dan kapcai pula mempunyai tangki minyak di bawah tempat duduk.  Motosikal adalah satu bentuk pengangkutan yang tetap diminati oleh sebahagian pengguna jalan raya kerana menjimatkan bahan api, murah, mudah dimiliki serta penunggang boleh mencelah ketika jalan raya sesak.


    Yamaha atau nama penuhnya Yamaha Motor Company, sebuah syarikat gergasi Jepun yang diasaskan pada tahun 1955 merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan motosikal yang sangat terkenal diseluruh dunia. Berbagai evolusi telah dilakukan oleh syarikat ini dalam memastikan motosikal keluaran mereka menepati citarasa pengguna dari dulu hingga kini.


  Antara jenis jenis motosikal yang telah dikeluarkan ialah skuter. Ia merupakan motosikal bertransmisi automatik dimana pengguna tidak perlu untuk menukar gear bagi menggerakkan nya. Skuter merupakan sebuah motosikal yang amat mudah dan selesa untuk dikendalikan lebih lebih lagi di kawasan bandar bandar besar yang mana jumlah kenderaan yang banyak di atas jalan raya merupakan cabaran utama bagi penunggang motosikal.


  Skuter NVX merupakan sebuah skuter yang dikeluarkan oleh Yamaha bermula pada tahun 2017. Ia mem