Salam Ramadhan....Hari Ramadhan terakhir tahun 2015. Juga malam terakhir Ramadhan, akan tibanya Syawal bulan yang mulia. Bulan meraikan kemenangan dan kejayaan dalam menempuh ujian bagi orang orang yang beriman untuk meningkatkan lagi ketaqwaan sebagai hamba di sisi Allah swt.
Hari ini juga, pergi seorang insan yang aku anggap sebagai bapaku sendiri iaitu ayah mertuaku. Dialah orang yang paling disayangi oleh isteriku, dan aku meredhai isteriku amat menyanyanginya lebih dari aku sebagai suaminya. Kerana, memang aku tahu, umur ayah mertua ku tidak panjang disebabkan keadaan kesihatannya serta dirinya yang telah lahir di dunia ini sebagai insan istimewa ataupun kurang upaya kerana menghidap penyakit sejak dari kecil.
Memang sepanjang aku mengenalinya lebih kurang 8 tahun, dia redhai dengan keadaan dirinya. Walau begitu, ia bukan alasan untuk menyalahkan takdir kerana dia tahu, semua makhluk Allah telah diciptakan dengan sebaik baik kejadian. Dengan keadaan dirinya yang begitu, semangat yang ada dalam dirinya amat kuat. Dia tahu sebagai ketua keluarga, tanggungjawab yang diamanahkan untuk menguruskan keluarga, memang merupakan tanggungjawabnya. Dia memikul amanah serta tanggungjawab membesarkan anak anak nya dengan penuh kesabaran, walaupun dari segi fizikal nya, keadaan kaki kiri yang cacat dan mengharapkan bantuan berjalan menggunakan tongkat
, dia gagahi jua dirinya untuk mencari rezeki demi sebuah tanggungjawab.