Selamat pagi dan selamat malam. Lama dah aku tak menjenguk mahupun menulis kat blog ni. Dalam pada masa itu jugak, bermacam-macam peristiwa yang telah berlaku dan pelbagai peristiwa itu memanglah aku sendiri yang mengharungi.
Sekarang ni, dah tengah bulan Disember 2014, hanya tinggal lebih kurang 2 minggu lagi seluruh dunia akan menyambut kedatangan tahun 2015. Tidak berasa, telah hampir genap setahun masa berlalu. Hari-hari yang telah dilalui dirasakan begitu pantas sekali.
Apakah kita telah melihat atau menilai semula perkara-perkara yang telah berlaku sepanjang tahun 2014. Bagi yang telah membuat perancangan pada tahun sebelumnya, apakah segala perancangan itu berjaya dilaksanakan mahupun hampir kesemuanya telah dilaksanakan. Jika ada yang tidak terlaksana, tentu disebabkan oleh bermacam faktor yang menghalang perkara-perkara tersebut dilaksanakan. Itu bagi mereka yang mempunyai perancangan masa depan yang tersendiri. Bagaimana pula dengan yang lain? Hanya melihat, menunggu dan membiarkan sahaja masa berlalu. Golongan inilah dikatakan golongan yang rugi, kerana tidak memanfaatkan masa dan ruang untuk perkara yang berguna yang dapat menjamin masa depan. Masa depan itu ialah masa depan di dunia dan yang besar sekali adalah masa depan di akhirat.
Dalam al-Quran, Allah swt telah berfirman mengingatkan hambanya tentang masa. Sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian, melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan penuh kesabaran. Dalam surah al-Asr itu, Allah swt mengatakan manusia yang hidup di dunia ini berada dalam kerugian. Ini kerana, masa itu pasti akan berlalu tanpa menunggu walau sedetik pun. Manusia akan melalui usia kanak-kanak-, remaja, dewasa dan tua. Apakah setiap usia yang kita lalui telah kita isikan dengan perkara-perkara yang bermanfaat?
To be continued.....